BINTANG seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov kini merupakan atlet yang menerima bayaran paling tinggi di UFC selepas memperbaharui kontrak dengan organisasi itu untuk kemunculannya di UFC 242, September nanti.
Memetik laporan MMAFighting, pengurusnya, Ali Abdelaziz berkata, dia dan Khabib teruja dan berpuas hati dengan kontrak baharu itu, sambil menyifatkannya sebagai adil dan telus.
"Kami sangat gembira. Kami dijaga dengan baik. Kami tidak minta lebih dari itu. Kami sangat bersyukur. Rundingan paling mudah yang pernah saya lakukan.
"Ia adil, telus. Ini adalah salah satu tawaran terbesar dalam sejarah UFC," katanya seperti dipetik portal MMAFighting.
Khabib, 30 tahun, akan mempertahankan kejuaraan lightweight yang disandangnya dengan juara lightweight interim, Dustin Poirier pada acara yang dijadualkan berlangsung pada 7 September di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BACA: Pasukan Khabib sudah mula kem latihan untuk UFC 242?
BACA: Khabib dan keluarga pilih Mekah sambut kedatangan Syawal
Menurut Abdelaziz, antara sebab Khabib menerima bayaran sedemikian adalah kerana dia (Khabib) merupakan petarung MMA yang paling hebat ketika ini, dan belum pernah tewas.
"Pendapat saya sekarang, Khabib adalah petarung 'pound-for-pound' paling hebat yang pernah kita lihat. Dia tidak pernah kalah. Dia menguasai setiap pusingan terhadap hampir kesemua lawannya. Tidak ada (dadah), tiada apa-apa.
"Inilah sebabnya dia atlet yang menerima bayaran paling tinggi di UFC hari ini. Percayalah. Dia adalah atlet dengan bayaran tertinggi di UFC hari ini. Dan saya katakan sekali lagi kerana saya melihat segala-galanya. Mereka dah tunjukkan kepada saya. Khabib atlet dengan bayaran tertinggi di UFC dan kami gembira. Kini masa untuk bertarung," katanya lagi.
Khabib kini sedang berehat dari sebarang aksi pertarungan MMA selain digantung perlawanan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di UFC 229 pada Oktober tahun lalu.
Petarung dari Dagestan, Rusia itu didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung perlawanan selama sembilan bulan, manakala pesaingnya Conor McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung perlawanan enam bulan.
Astro Awani
Sun Jun 09 2019
Khabib kini sedang berehat dari sebarang aksi pertarungan MMA selain digantung perlawanan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di UFC 229 pada Oktober tahun lalu. - Foto Instagram/@khabib_nurmagomedov
Sasar 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
FINAS akan menerajui kempen kesedaran untuk mendidik pengeluar, penaja dan pekerja tentang faedah caruman KWSP.
Akta Mesin Cetak: Fahmi akan berhubung, sedia dengar pendapat pengamal media
Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dalam satu kenyataan meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan cadangan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk keperluan pelesenan untuk media dalam talian.
[TERKINI] Pekerja asing dibenar kerja di kedai runcit stesen minyak
Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Sindiket tumpas, polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, empat individu termasuk pasangan suami isteri ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berbeza itu.
Perkembangan semasa di Terengganu
Lintas langsung perkembangan semasa banjir di Terengganu bersama Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Tumpuan Rabu – 20 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua petugas SK Limau Purut maut dalam kemalangan
Dua petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Jerantut maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
PM Anwar lawat bandar Masdar di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di Abu Dhabi pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.