Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan sekali lagi membuktikan dirinya berada dalam tahap terbaik untuk menjadi pencabar utama acara pecut Sukan SEA ke-29 dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94 malam ini.
Pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90 saat pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini untuk memecahkan rekod 20.92s milik Tan Sri Dr. M Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico.
Ia juga mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar.
Khairul sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas mencatatkan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Julai lalu.
Pingat perak menjadi milik Jonathan Nyepa dari Sarawak yang mencatatkan 21.29s manakala atlet Perak G. Aravinn Thevar membawa pulang gangsa dengan catatan 21.31s pada kejohanan itu, yang turut dikenali sebagai Kejohanan Pra-Sukan SEA.
Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Khairul berkata beliau seterusnya akan fokus untuk meraih pingat emas berganda Sukan SEA bagi acara riben biru di venue yang sama pada bulan depan.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan saya untuk memecahkan rekod kebangsaan sekali lagi. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan jurulatih Mohd Poad Md Kassim yang melatih saya.
“Kini saya lebih bersemangat untuk mencipta satu kejutan pada Sukan SEA pada Ogos ini,” katanya.
Terdahulu, Ratu Pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli yang mewakili Pulau Pinang meraih emas acara 200m selepas menamatkan larian dengan catatan 24.12s, diekori rapat oleh S. Komalam Shally dari Terengganu dengan catatan 24.27s.
Gangsa menjadi milik Siti Fatimah Mohamed dari Johor yang mencatatkan 24.58s.
Dalam acara 110m lari berpagar, atlet dari Filipina Clinton Kingsley Bautista muncul juara dengan catatan 14.16s, manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Ang Chen Xiang (14.64s) dari Singapura dan Mohd Rizzua Hizad Muhammad (14,91s) dari Sarawak.
Bagi acara 100m lari berpagar pula, pelari kebangsaan Raja Nursheena Raja Azhar mewakili Terengganu meraih emas dengan catatan 14.44s, manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Nur Syafiqah Abu Bakar (14.95s) dari Johor dan Juriani Mat Rodzi (16.22s) dari Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Khairul berkata beliau seterusnya akan fokus untuk meraih pingat emas berganda Sukan SEA bagi acara riben biru di venue yang sama pada bulan depan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
![[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan [TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736239594_BumbungAxiataArena.jpg)
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.

PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.

Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.

Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.

Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.

Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.

Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.