Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memutuskan untuk menunda perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan kelab-kelab dari China susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) selepas satu mesyuarat tergempar yang diadakan di ibu pejabatnya di sini pada Selasa.
Mesyuarat itu, yang dihadiri enam ahli persatuan yang terlibat dalam pertandingan kelab peringkat teratas di Asia, memutuskan untuk menunda tiga hari perlawanan pertama dalam pertandingan itu susulan sekatan perjalanan dan langkah keselamatan.
AFC berkata jika perlawanan yang dijadualkan untuk pasukan dari China boleh diadakan mengikut jadual, maka mereka akan meneruskannya seperti yang telah dirancang, termasuk hari kedua perlawanan antara Chiangrai United dan Beijing FC pada 18 Feb jika pasukan China itu, yang kini berada di kem di Korea Selatan, tidak tertakluk kepada langkah-langkah kuarantin.
Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John dalam satu kenyataan menyebut Chiangrai United telah menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Thailand dan pegawai perubatan untuk memantau situasi semasa serta yang bergerak pantas.
AFC akan terus menilai dengan teliti impak penularan wabak itu, namun mencadangkan agar perlawanan yang ditunda membabitkan kelab-kelab dari China akan dijadualkan semula pada April dan Mei manakala Pusingan Zon Timur 16 perlawanan dicadangkan berlangsung pada 16 dan 17 Jun dengan aksi timbal balik pada 23 dan 24 Jun.
Bagaimanapun, wakil terbabit bersetuju bahawa satu tarikh akhir untuk menilai situasi terkini akan ditetapkan 21 hari sebelum setiap perlawanan dan jika diputuskan bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan seperti yang dicadangkan, kelab tuan rumah hendaklah mencalonkan satu venue yang neutral sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari perlawanan.
"Kita bersama-sama menempuh keadaan yang sukar ini untuk mencari penyelesaian bagi membolehkan kita bermain bola sepak sambil memastikan bahawa kita melindungi keselamatan dan sekuriti semua pemain, pegawai, pihak berkepentingan serta peminat.
"Kami juga menerima hakikat bahawa isu koronavirus ini adalah isu yang lebih besar berbanding sekadar perlawanan bola sepak dan kami berharap mereka yang terjejas akan cepat sembuh," kata Windsor.
Pada 29 Jan, AFC telah meminda jadual perlawanan asal bagi membolehkan empat kelab China yang terlibat dalam kejohanan beraksi dalam tiga perlawanan pertama di tempat lawan, namun terpaksa menunda perlawanan tersebut susulan sekatan perjalanan dari beberapa kerajaan termasuk Australia, yang menyebabkan kelab-kelab China tidak mungkin dapat melakukan perjalanan untuk beraksi dalam perlawanan yang telah disusun semula itu.
Perlawanan antara juara enam kali Liga Super iaitu Johor Darul Ta'zim, satu-satunya wakil Malaysia dalam kejohanan itu, menentang Guangzhou Evergrande FC pada 19 Feb telah ditunda kepada 20 Mei, namun masih menunggu pengesahan pada 11 Feb.
Harimau Selatan dijangka memulakan kempen mereka terhadap pasukan Jepun, Vissel Kobe dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Stadium Misaki Park, Kobe pada 12 Feb sebelum menjadi tuan rumah kepada Guangzhou Evergrande FC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
AFC telah memutuskan untuk menunda perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan kelab-kelab dari China. - EPA/SHAMSHAHRIN SHAMSUDI
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.