
Beregu negara hadiahkan perak untuk Malaysia
IMPIAN Malaysia di Olimpik Rio berkilauan dengan sinar perak apabila beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, berjuang habis-habisan melawan mereka dari China, Fu HaiFeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir di Riocentro.
Dalam perlawanan yang memihak kepada China itu, Fu HaiFeng-Zhang Nan tidak mahu mengalah pada set kedua dan set penentuan, selepas mereka kalah set pertama kepada Malaysia.
China memenangi perlawanan itu dengan mata 16-21, 21-11, 23-21.
BACA: Kilauan perak daripada beregu lelaki negara
Saat mendebarkan menuju mata kemenangan
Satu mata memisahkan Malaysia dengan China, kini Malaysia 16-17 China.
Malaysia mengekori rapat
Malaysia mengejar China dengan mata 10-11.
Set penentuan yang sengit
China semakin bersemangat, Malaysia tidak berputus asa.
Kedudukan mata kini China 7-4 Malaysia.
China menang set kedua 21-11
Pasangan China Fu HaiFeng-Zhang Nan kembali merampas set kedua dengan kemenangan 21-11.
China tidak benarkan Malaysia mendahului
Come on! Ayuh Malaysia kejar balik. Sikit lagi untuk emas pertama olimpik #Olimpik2016 #AyuhMalaysiaku #Rio2016 pic.twitter.com/kBIWbrQZLk
— Malik Ridhwan AWANI (@Malik_AWANI) August 19, 2016
Pasangan China semakin agresif
Dalam set kedua, pasangan China Fu HaiFeng-Zhang Nan dilihat semakin agresif mengatur taktik dan pukulan balas. Buat masa ini, mereka meninggalkan pasangan Malaysia dengan mata 12-4.
Sorakan dari Putrajaya!
Saat kemenangan set pertama beregu #badminton #MAS @501Awani pic.twitter.com/3DdY634Okq
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) August 19, 2016
V Shem-Wee Kiong menang set pertama
Pasangan beregu negara tundukkan China dengan mata 21-16 dalam set pertama. Syabas dan teruskan rentak!
Pasangan Malaysia terus beri saingan
Pantas! pic.twitter.com/cEGHs6f6vO
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) August 19, 2016
Ratu terjun negara Pandelela Rinong beri sokongan
@GohVShem1 and Wee Keong is playing right now. Let's do it guys!!!? #badminton #olympics
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) August 19, 2016
Perlawanan bermula!
Perlawanan set pertama bermula dengan pukulan servis pertama dari China. Kedua-dua pasukan mula menunjukkan corak permainan pantas. Selamat berjuang, V Shem dan Wee Kiong!
Kata-kata perangsang...
These boys up next. Leave everything out there on the court. Everything. #GoForGold pic.twitter.com/5RCK0fKJMO
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 19, 2016
Suasana terus meriah di Dataran Putrajaya
Timelapse sementara tunggu game final beregu badminton.. #Olympics #GoForGold @501Awani pic.twitter.com/1G6FRmaDQF
— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) August 19, 2016
Harapan negara!
Ayuh rakyat Malaysia, kita berikan sokongan padu!
Pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong berdepan misi penting untuk menukar pingat perak dalam genggaman mereka kepada emas apabila bertemu lawan mereka dari China, Fu HaiFeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir. #AyuhMalaysiaku!
Selangkah untuk emas

Niaga AWANI

AWANI Jr

Komuniti AWANI

AWANI Sarawak

Awani 7.45

Agenda AWANI

AWANI Pagi

Cerita Normal Baharu

Consider This

Notepad with Ibrahim Sani

Let's Talk

The Future is Female

AWANI Review

AWANI Byte

Undi Bootcamp

KiniTV

Menang Saham

Kamek Anak Sarawak

Lan Berdagang

Health Matters

Bual Bola

Week Ahead

Fokus Minggu Depan

Agenda AWANI Asia

AWANI Global
