UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: 'Selamat kembali, wira Paralimpik negara'

Sambutan besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara buat wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Khamis, 22 Sept.

Astro Awani
Sambutan besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara buat wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Khamis, 22 Sept. - Gambar fail

[VIDEO] Kepulangan wira dan wirawati paralimpik negara

Thu Sep 22 2016

Tidak melepaskan peluang

Thu Sep 22 2016
Tidak melepaskan peluang

Sambutan luar biasa di ibu negara

Thu Sep 22 2016

Sorakan hampir 1,000 peminat sukan tanah air memeriahkan dan menggamatkan suasana di perkarangan pusat beli-belah Pavilion di sini sejurus selepas ketibaan bas membawa wira emas Malaysia yang mencipta nama di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Kontinjen negara terdiri daripada 21 atlet yang diketuai Ketua Kontinjen Dr Ang Kean Koo yang menaiki bas hop-on-hop-off kelihatan teruja dengan sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai pelbagai lapisan umur termasuk pelancong asing.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Suasana meriah, sayu mengiringi atlet Paralimpik negara

Thu Sep 22 2016

Suasana di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi bergema dengan sorakan peminat sukan tanah air apabila menerima ketibaan wira dan wirawati paralimpik negara yang pulang dari temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kilauan emas untuk seluruh rakyat Malaysia

Thu Sep 22 2016
Kilauan emas untuk seluruh rakyat Malaysia

Kalian sememangnya istimewa

Thu Sep 22 2016

Terima kasih. Kalian memang istimewa. #paralimpik #malaysia #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/kXlsMETqLq

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

RM1 juta menanti atlet

Thu Sep 22 2016

Ganjaran diberi spt dijanjikan. Emas RM1juta & pencen RM5ribu. Gangsa dinaikkn kpd RM200k. #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/oJoEgzBh3k

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

'Anda membuat kami bangga!'

Thu Sep 22 2016

Negaraku, tanah tumpahnya darahku. #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/6gHQRyHANi

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Kamu kebanggaan negara!

Thu Sep 22 2016

PM DS Najib Razak dan dif kehormat sudah bersedia menyambut wira-wirawati negara. #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/LhycLUQPl6

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Atlet Paralimpik dengan tenaga luar biasa

Thu Sep 22 2016

Sejurus selepas mereka tiba di KLIA, atlet Paralimpik sempat bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Khairy menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Sekitar jam 4.30 petang, Najib menyampaikan pingat kepada atlet-atlet yang mengharumkan nama negara di Temasya Rio, baru-baru ini.



Wira sudah kembali

Thu Sep 22 2016

Touchdown! Penerbangan EK0346 selamat mendarat di KLIA. Wira kita sudah kembali! #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/Ym3TlfmXoN

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Akhirnya, wira-wira Malaysia tiba di tanahair

Thu Sep 22 2016

Masa yang dinantikan sudah tiba.

Atlet-atlet Paralimpik 2016 menaiki penerbangan Emirates EK0346 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada kira-kira 3.15 petang.

Wartawan Israr Khalid dan kru Astro AWANI kini berada di Kompleks Bunga Raya di sana.

Ikuti perkembangan terkini di www.astroawani.com dan Astro AWANI (Saluran 501).

'Pancuran penghormatan'

Thu Sep 22 2016

Selamat pulang ke tanahair wira wirawati paralimpik negara! Welcome home to Malaysia! @yardzolkefli @latifromly #TeamMalaysia #klia pic.twitter.com/F7kQpiu5fM

— Malaysia Airports (@MY_Airports) September 22, 2016

Ibu bapa atlet tidak sabar menunggu ketibaan atlet

Thu Sep 22 2016

Ibu bapa para penyumbang pingat #paralimpik di Rio. Tiada yang lebih bangga di dunia ini daripada mereka. #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/IzaV9gXHcD

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Sementara menunggu ketibaan

Thu Sep 22 2016

Sementara menunggu... #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/whZpezuPF3

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Jadual perarakan atlet Paralimpik hari ini

Thu Sep 22 2016

Jadual perarakan wira-wirawati Paralimpik hari ini. Marinkita sama-sama sambut kepulangan mereka! #paralimpik #kamiluarbiasa @501Awani pic.twitter.com/bOaBasynQ8

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Pentas khas buat wira negara

Thu Sep 22 2016

Mantap @KBSMalaysia. Sudah ada platform khas utk media. Terima kasih. Insyallah tidak terganggu kerja kami. @501Awani pic.twitter.com/ryKfgn8ZUm

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Ini semangat penyokong Malaysia!

Thu Sep 22 2016

Antara penyokong yg dh sampai di Kompleks Bunga Raya KLIA utk sambut kepulangan wira Paralimpik. @501Awani pic.twitter.com/pa6VySCgj1

— israrkhalid (@ciakhalid) September 22, 2016

Trafik sesak di sekitar ibu negara

Thu Sep 22 2016

Trafik sesak di sekitar ibu negara seolah-olah bersiap-sedia meraikan kepulangan wira-wira negara hari ini.

Seawal 7 pagi tadi, Astro Trafik melaporkan hampir kesemua jalan-jalan utama menuju ke bandar raya, Kuala Lumpur mengalami kesesakan lalu lintas termasuk di Lebuhraya Sungai Besi, Besraya, Penchala Link, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Utara Selatan.



Liputan Astro AWANI bermula seawal 7 pagi

Thu Sep 22 2016

Kepulangan atlet Paralimpik negara dirai meriah

Thu Sep 22 2016

Sambutan besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara akan diberikan kepada wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil yang pulang ke tanah air hari ini.

Perarakan itu akan diadakan selepas acara sambutan kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang akan dihadiri Perdana Mentri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Rabu berkata, perarakan di sekitar ibu negara akan bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang bermula 5.30 petang.

Menurutnya, mereka akan dibawa menggunakan bas tidak berbumbung dalam perarakan yang bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang dan berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas.

Konvoi itu kemudiannya akan melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan sebelum berhenti sekali lagi di kawasan air pancut berhadapan pintu utama pusat beli belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

Astro AWANI akan membawakan secara langsung sambutan kepulangan atlet paralimpik negara dari Kompleks Bunga Raya bermula 3 petang di Saluran 501.

Kontinjen Paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang apabila meraih pingat emas ketiga negara dengan memecahkan rekod dunia dalam lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) menerusi lompatan 7.60m.

Siti Noor Radiah Ismail melengkapkan aksi gemilang kontinjen negara dengan menghadiahkan gangsa menerusi lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) menerusi rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m, mengatasi catatan rekod lama 5.10m.

Temasya Rio melabuhkan tirai dalam upacara penuh warna warni pada 18 September dan atlet negara melangkah di Stadium Maracana di depan lebih 45,000 penonton dengan perasaan luar biasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pada sukan Paralimpik kali ini, misi memburu pingat emas digalas oleh 21 orang atlet, iaitu 19 lelaki dan dua wanita. Kesemua mereka bertanding dalam lapan daripada 23 jenis sukan iaitu sembilan atlet daripada sukan olahraga, empat berbasikal, dua untuk powerlifting serta memanah manakala masing-masing seorang untuk sukan ping pong, pelayaran, tenis kerusi roda dan renang.

Daam perkembangan lain, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut memberi penghormatan kepada atlet Paralimpik negara pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia, 2 Oktober ini.

Wira-wira negara ini dijadual membuat penampilan istimewa semasa sesi autograf peminat bersama pelumba F1 pada hari perlumbaan.




#atlet paralimpik#Paralimpik Rio 2016#perarakan#Sukan Paralimpik#wira emas
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.