Daripada sudut pandangan pemandu Formula Satu (F1), bersaing di Litar Sepang adalah perlumbaan paling mencabar dari segi reka bentuk litar berkenaan dan juga faktor cuaca.
Terkenal dengan 'perlumbaan paling sukar dan hangat, yang akan menguji persiapan pasukan dalam menyediakan jentera mereka dan sebagainya supaya berada dalam keadaan terbaik, pemandu juga perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.
Selepas hampir dua dekad, perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia 2017 adalah edisi terakhir perlumbaan berkenaan dianjurkan di Malaysia dalam kalendar F1, yang pastinya akan meninggalkan impak yang besar dalam sejarah negara.
Ia menjadi pemangkin dalam mempromosikan sukan berkenaan di negara ini dan juga 'memasarkan' Malaysia di peringkat antarabangsa.
Berikutan ketiadaan perlumbaan F1 di Litar Sepang bermula tahun depan, banyak pihak beranggapan litar berkenaan akan terbiar dan menjadi seperti projek 'Gajah Putih', selepas ini.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata pembinaan litar tersebut bukan semata-mata untuk menganjurkan perlumbaan F1.
Justeru, beliau berkata Sepang International Circuit Sdn Bhd akan mempromosi lebih banyak acara sukan permotoran di litar berkenaan pada masa akan datang.
"Kerjasama kami dengan F1 telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Litar Sepang serta industri sukan permotoran dan pelancongan sukan Malaysia.
"F1 memainkan peranan penting dalam kewujudan SIC. Kita telah berkembang dan membangun sejak hampir dua dekad lepas," kata Razlan kepada Bernama.
Beliau memberitahu bahawa SIC juga mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar tersebut menjadi hab yang mempunyai elemen pendidikan dan hiburan bersepadu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Razlan berkata untuk tahun depan, litar berkenaan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, dan pada Januari, trek berkenaan akan dipasang dengan sistem lampu untuk aktiviti trek pada waktu malam.
Dalam pada itu, berikutan jualan tiket sudah mencecah 68,000 setakat semalam, Razlan yakin SIC mampu mencapai sasaran 80,000 penjualan tiket, sebelum berakhirnya F1 di Malaysia, selepas 19 tahun penganjuran perlumbaan itu, yang dijenamakan sebagai 'F1NALE' pada kali ini.
Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia tidak lagi menganjurkan F1 tahun depan, selepas kerajaan bersetuju supaya kontrak penganjuran perlumbaan itu ditamatkan.
Najib berkata kontrak itu perlu ditamatkan berikutan penurunan pulangan yang mendadak kepada negara berbanding dengan kos penganjuran perlumbaan tersebut.
Sementara itu, juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton menyatakan F1 kehilangan salah satu perlumbaan paling mencabar dalam kalendar perlumbaan sukan permotoran dunia itu.
"Sudah pasti ia sesuatu yang menyedihkan kerana ini adalah perlumbaan terakhir...ia paling mencabar kepada jentera dan juga pasukan. Jadi, kita kehilangan satu daripada perlumbaan yang paling sukar," kata Hamilton pada sidang media, baru-baru ini.
Pada perlumbaan di Sepang tahun lepas, harapan Hamilton untuk meraih gelaran berkecai selepas jenteranya menghadapi masalah enjin pada pusingan ke-43.
Sebelum insiden tersebut, pemandu kelahiran Britain itu mendahului perlumbaan Grand Prix Malaysia berkenaan.
Kehilangan 25 mata itu ternyata penting pada akhir musim apabila dia gagal mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada 2015, kepada rakan sepasukan Nico Rosberg, dengan hanya lima mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2017
Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Malaysia tidak lagi menganjurkan F1 tahun depan. - Gambar fail
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.
F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.
F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.
F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan
Christian Horner akan meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan F1 Red Bull selepas dibebaskan daripada dakwaan salah laku.