LIVERPOOL terus memberi tekanan kepada Manchester City apabila membelasah Huddersfield Town 5-0 di Anfield pada awal pagi Sabtu.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dua mata di hadapan City yang akan bertandang ke Turf Moor untuk menentang Burnley pada Ahad.
The Reds hanya memerlukan 15 saat untuk berada di depan menerusi pemain baru, Naby Keita yang memaksa pertahanan Huddersfield membuat kesilapan sebelum menyudahkan hantaran Mohamed Salah.
Sadio Mane kemudian menjaringkan gol kedua Liverpool selepas menanduk hantaran silang Andy Robertson pada minit ke-23, sebelum Salah menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan babak pertama.
Bersambung di babak kedua, Mane sekali lagi menemui jaring apabila menanduk masuk gol keempat Liverpool hasil hantaran kapten pasukan, Jordan Henderson.
Robertson sekali lagi membantu pasukannya mendapatkan gol dalam perlawanan ini selepas menghantar bola kepada Salah untuk menjaringkan gol kelima pasukan tuan rumah.
Dengan jaringan tersebut, Salah muncul penjaring terbanyak EPL setakat ini dengan 21 gol, diikuti Mane di tempat kedua dengan 20 gol.
Huddersfield yang sudahpun tersingkir dari EPL, menghuni di tangga tercorot liga dengan 14 mata.
Perlawanan ini turut menyaksikan Alex Oxlade-Chamberlain kembali beraksi untuk skuad utama Liverpool apabila masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73.
Oxlade-Chamberlain tidak beraksi sejak April 2018 akibat kecederaan di bahagian lutut.
Ian Johan Ariff
Sat Apr 27 2019

Mohamed Salah menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Huddersfield pada awal pagi Sabtu. - Foto Twitter/@LFC

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim
United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

EPL: Aston Villa tak cukup klinikal jinakkan Ipswich
Ipswich terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak separuh masa pertama setelah Axel Tuanzebe dilayangkan kad kuning kedua.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.