LIVERPOOL 2 NEWCASTLE UNITED 0

Liverpool menyertai kelab-kelab elit selepas merekodkan kemenangan ke-300 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri selepas menewaskan Newcastle 2-0.

The Reds menjadi kelab keempat untuk mencapai rekod ini apabila meraih kemenangan ke atas skuad kendalian Rafa Benitez.

Jaringan Mohamed Salah yang ke-32 untuk musim ini dalam semua kejohanan menyaksikan Liverpool dalam landasan terbaik sebelum Sadio Mane memastikan kemenangan mereka di Anfield.

Kemenangan menyaksikan Liverpool mendaki ke tangga kedua EPL sekaligus memberikan tekanan kepada Manchester United yang bakal berdepan Crystal Palace, pada Isnin.

Untuk rekod, United kini telah meraih kemenangan di laman sendiri sebanyak 359 di Old Trafford, manakala Arsenal di tempat kedua dengan 318.

Penyandang juara EPL Chelsea juga merekodkan 311 kemenangan manakala pencabar terdekat Liverpool, Tottenham kini dengan 261 kemenangan.