Biarpun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bakal melabuhkan tirai dalam masa dua hari lagi, tuan rumah Malaysia sudah mencapai sasaran 111 pingat emas yang ditetapkan sebelum bermula temasya edisi ke-29 itu.
Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang merangkul angka keramat itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam ini.
Detik perkiraan angka 111 bermula hari ini selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan ke-111.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet "MIssion accomplished. #111 done. #KitaJuara" (Misi tercapai#11 dilakukan #KitaJuara) , menunjukkan bahawa Malaysia telah muncul juara keseluruhan.
Bagaimanapun, Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.
Pencapaian 111 emas setakat ini telah menyamai pencapaian sama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi ke-21 pada tahun 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2017
Pencapaian 111 emas setakat ini telah menyamai pencapaian sama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi ke-21 pada tahun 2001.
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
AWANI Ringkas: Dadah dalam MPV, rampasan terbesar di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
'Daisy' menyerupai wanita tua lengahkan 'scammer'
Syarikat telekomunikasai di United Kingdom bangunkan satu karakter kecerdasan buatan (AI) menyerupai wanita tua lengahkan dan ganggu cubaan penipuan melalui panggilan telefon.
Astro S+V, bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro Malaysia Holdings Bhd. memperkenalkan Astro Sound+Vision (S+V), sebuah perkhidmatan pasca produksi terkemuka oleh Astro Studios Sdn. Bhd, yang direka khas untuk penggiat industri perfileman dalam dan luar negara.
RUU keselamatan dalam talian dibawa ke kabinet untuk pertimbangan
M. Kulasegaran berkata usaha penggubalan rang undang-undang itu sebagai langkah untuk memastikan persekitaran dalam talian menjadi platform yang selamat kepada rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.
Indikator kos sara hidup diambil kira dalam penyasaran subsidi RON95 - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, indikator itu merangkumi statistik Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) yang dibangunkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
"Kenapa sampai sekarang beras putih tempatan hampir tiada di pasaran?" - Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu turut mempersoalkan beras import lebih banyak berbanding beras tempatan di pasaran hingga menimbulkan persepsi beras import yang dijual itu sepenuhnya beras tempatan.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni, Shah Firdaus, Dhabitah tiba di Malaysia esok
Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati yang dijadual tiba sekitar pukul 3.25 petang Selasa.