ARSENE Wenger mengakui dia bersalah ekoran mengamuk di tepi padang ketika pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Burnley dalam pertemuan yang berkesudahan 2-1 pada Ahad.

Pengendali The Gunners itu dibuang padang ketika masa kecederaan susulan pengadil, Jon Moss menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-93 yang disempurnakan Andre Gray untuk menyamakan kedudukan.

Wenger meluahkan rasa tidak puas hatinya di tepi padang ketika Jon menghadiahkan sepakan penalti apabila Coquelin bertindak mengasari Ashley Barnes.

Bagaimanapun, Arsenal berjaya pulang dengan kemenangan apabila Jon sekali lagi menganugerahkan sepakan penalti tetapi kali ini kepada pasukan tuan rumah, yang mudah disempurnakan Alexis Sanchez pada minit ke-98.

Wenger yang pada awalnya berang, menamatkan perlawanan dengan senyuman selepas melihat Laurent Koscielny dikasari Ben Mee sekaligus mencetuskan sepakan penalti.

"Pada pendapat saya, Burnley tidak sepatunya dianugerahkan sepakan penalti," Wenger bercakap kepada BBC.

"Saya perlu melihat ulang tayang smeula. Francis memberitahu saya dia berlari ke arah Ashley dan melanggarnya. Saya sepatutnya mendiamkan diri dan meminta maaf kerana bertindak sedemikian. Saya sepatutnya bertenang.

"Saya sepatutnya mendiamkan diri meskipun saya sedang kecewa.

"Akhirnya kami melakar kemenangan di hujung permainan tetapi ia tetap perlawanan yang sukar. Walaupun beraksi dengan 10 pemain kami masih berjaya mengutip tiga mata."