Ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Datuk Misbun Sidek memberi amaran awal kepada pemain muda negara agar bersiap sedia dengan corak latihan radikal yang bakal diterapkannya.
Beliau berkata pemain muda perlu memberi sepenuh komitmen dalam latihan serta menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemain kebangsaan atau bakal berdepan risiko digugurkan.
"Mereka dibayar untuk bermain dan berlatih, jadi bila dibayar sudah tentu persatuan telah memberi garis panduan dan mereka tak boleh salahkan persatuan sekiranya nama mereka digugurkan.
"Setiap pemain perlu bersedia dan perlu tahu bahawa saya tidak perlukan mereka. Ini amaran daripada saya," tegas beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata dia akan menerapkan segala ilmu berkaitan strategi permainan serta kemahiran teknikal dalam kalangan pemain dan mereka perlu akur dengan setiap keputusan yang ditetapkan.
"Mereka tidak boleh duduk sana hanya sekadar menapak, lebih baik beri peluang kepada pemain lain yang benar-benar mahu sertai BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Peranan jurulatih penting untuk tangani pemain seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Ukay Perdana pada Jumaat.
Misbun berkata beliau bersama-sama penolongnya, Hendrawan dan Indra Wijaya akan mengenal pasti pemain muda yang berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei pada masa akan datang.
Beliau berkata tanggungjawab mencari pengganti Chong Wei adalah tugasan yang sukar dan boleh diibaratkan seperti 'mengubah suai sebuah kediaman elit yang memerlukan penelitian khusus'.
"Pemain memang ramai tetapi pemain yang benar-benar berbakat sewaktu saya mengesan bakat Chong Wei, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim agak sukar dikesan pada masa ini.
"Jadi saya akan lihat dahulu keadaan semasa, dan berdasarkan kepada pemantauan Chong Wei kerana dia merupakan pemain tonggak dan sudah pasti dia tahu siapa pemain yang berpotensi untuk diasah bakat," katanya.
Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2017
Datuk Misbun Sidek beri amaran awal kepada pemain muda negara agar bersiap sedia dengan corak latihan radikal yang bakal diterapkannya. -Gambar fail
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.