Atlet muda MMA wanita negara, Jihin Radzuan berjaya melakar kejayaan pada malam ONE: Masters Of Destiny di ibu negara sebentar tadi selepas menundukkan lawannya Jomary Torres dari Filipina.
Jihin memulakan langkah ke gelanggang dengan diiringi pasukannya serta pelakon popular tempatan Zul Ariffin dan penyanyi baru, Aman RA.
Kedua-dua artis itu terlibat dalam filem MMA pertama Malaysia, Sangkar.
Pertarungan bermula rancak dengan Jihin kelihatan memberi tekanan pada lawannya dan terus mara depan dengan beberapa tumbukan padu.
Namun pada minit kedua, Jihin membuat satu gerakan ‘take down’ dan membawa pertarungan ke lantai gelanggang.
BACA: MMA: Ev Ting tewaskan Daichi Abe, lakar kemenangan untuk Malaysia
Jihin dilihat cuba menamatkan pertarungan dengan percubaan ‘armbar’ namun Torres yang masih bertenaga berjaya mematahkan serangan.
Buat seketika Torres dilihat mendominasi pertarungan dengan menghempas Jihin ke lantai semasa Jihin berpaut padanya.
Dengan pengalaman yang ada, Jihin berjaya membuat beberapa serangan dan akhirnya mengunci kepala Torres dengan gerakkan ‘triangle choke’.
Torres tidak cepat mengalah dan terus bergelut untuk melepaskan diri. Namun pada minit ke 1:53 pusingan pertama, Torres akhirnya mengalah.
Dengan kemenangan itu, Jihin yang dikenali dengan nama jolokan 'Shadow Cat', melebarkan rekodnya kepada 5-1.
Haider Yutim, Hilmi Ismail
Fri Jul 12 2019

Jihin Radzuan berjaya melakar kejayaan pada malam ONE: Masters Of Destiny sebentar tadi selepas menundukkan lawannya Jomary Torres. - Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MMA: Jihin catat kemenangan di ONE X, atasi Itsuki Hirata dari Jepun
Petarung MMA wanita negara, Jihin Radzuan mencatatkan kemenangan kali keduanya untuk tahun ini, selepas menewaskan Itsuki Hirata dalam aksi ONE X di Singapura, pada Sabtu.

MMA: Jihin kembali menyengat, tewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun
Petarung MMA wanita negara Jihin Radzuan menewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun dalam acara ONE: Bad Blood, di Singapura pada Jumaat.

MASMMAA sasar lahirkan lebih ramai atlet MMA di Malaysia
MASMMAA menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai atlet MMA di negara bagi memperkembangkan lagi sukan tempur itu di tanah air.

Jihin, Agilan, Aiman bakal beraksi dalam acara ONE di KL
Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Muhammad Aiman bakal bertarung dalam aksi ONE: Mark Of Greatness yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

'Sangkar' satu penghargaan kepada atlet MMA tanah air - Zul Ariffin
Pelakon popular Zul Ariffin menyifatkan filem 'Sangkar' sebagai satu penghargaan kepada atlet-atlet seni bela diri campuran (MMA) di negara ini.

'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi
Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.

MMA: Jihin gegarkan KL dengan kemenangan 'triangle choke'
Jihin Radzuan berjaya melakar kejayaan pada malam ONE: Masters Of Destiny di ibu negara sebentar tadi selepas menundukkan lawannya Jomary Torres dari Filipina.

KO 5 saat: Petarung negara Jihin, Jordan Boy terkejut dengan kekalahan Ben Askren
Bekas juara welterweight ONE Championship, Ben Askren pada Ahad menerima kekalahan pertamanya sebagai petarung seni bela diri campuran (MMA) professional.

Kekalkan berat, jaga makan cabaran paling sukar sebelum pertarungan
Bagi atlet muda MMA wanita negara, Jihin Radzuan, cabaran yang paling sukar baginya ialah membuat 'weight cut' atau menurunkan berat badan.

Silibus MMA peringkat sekolah lebih selamat, lebih ketat - MASMMAA
Usaha memperkenalkan seni bela diri campuran (MMA) di sekolah bukanlah mudah kerana sukan tersebut boleh dikatakan masih baharu di sini.