MESKIPUN Chou dilahirkan dalam keadaan fakir miskin, dia masih mengekalkan keperibadiannya dengan hati yang cekal untuk menjaga orang tua atau sesiapa yang memerlukan.
Pada suatu hari, Chou tidak terjangka perbuatan baiknya akan terbalas apabila dia menyelamatkan seorang rahib yang dikejar penjahat. Chou dikurniakan skil Kung-Fu Asia kuno dan diberitahu dunia ini memerlukan seorang adiwira untuk mengakhiri kekacauan yang berlaku ketika itu.
Chou kemudiannya memula langkah ke Land of Dawn untuk menjadi seorang pahlawan sejati.
Ini adalah cerita fantasi karakter hero yang dikuasai dengan sangat cemerlang oleh Mohamad Amir Afdhal Ruzlan atau lebih senang dikenali sebagai Syno dalam dunia Mobile Legends.
Dengan 2,682 perlawanan (sekatat 1 Julai 2018) menggunakan hero fighter Chou, Syno mengekalkan rekod kadar kemenangan yang baik iaitu sebanyak 88.3 peratus.
Syno yang juga sebahagian daripada pasukan ICON MY juga sering berada di carta kedudukan terbaik dunia bagi penggunaan hero itu.
Pada perlawanan separuh akhir kelayakan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL) antara ICON MY dengan We Own World (Wow) yang berlangsung semalam, menyaksikan Syno menggunakan hero yang sinonim dengan dirinya itu.
Walaupun Syno telah menggunakan hero tersebut lebih 2,000 kali, penerbit permainan video mudah alih tersebut, Moonton akan melakukan proses mengemaskini dalam beberapa tempoh yang kadang kala memberi impak kepada prestasi sesuatu hero atau barangan yang digunakan untuk hero tersebut.
Kemaskini yang terbaharu yang dilakukan Moonton adalah pada 28 Jun lalu iaitu dua hari sebelum perlawanan kelayakan kedua bagi peringkat Malaysia bermula.
Tidak melihatnya sebagai masalah, Syno meneliti dan memahami apakah barangan yang sesuai untuk meningkatkan keupayaan Chou pada tahap maksima.
"Build damage (barangan bagi meningkat kapabiliti musnah) Chou sebenarnya masih sesuai digunakan tapi dilihat dalam kejohanan atau rank.
"Chou merupakan hero fighter paling kuat jika digunakan barangan musnah (damage) kerana ia mempunyai nilai musnah kritikal yang lebih banyak daripada hero fighter lain.
"Tambahan pula apabila barangan Windtalker yang telah dikemaskini pada kelajuan serangan pada barangan itu yang dilihat semakin tinggi bergabung dengan emblem custom assassin pada level paling maksima," katanya kepada Astro AWANI sejurus kemenangan 2-0 ke atas Wow semalam.
Menurut Syno, dia mendapat inspirasi bagi menggunakan barangan build damage untuk hero Chou apabila menonton sebuah video YouTube oleh pemain bernama Yinsa.
"Selepas saya lihat video Yinsa itu, saya yakin build damage Chou sangat sesuai dengan meta (strategi paling efektif) sekarang.
"Namun jika Chou menggunakan build damage, dalam sesebuah pasukan itu perlu ada dua hero tank atau satu hero tank bersama satu hero sokongan (support)," tambah Syno.
Kemenangan Syno bersama ICON MY semalam melayakkan mereka ke pusingan MPL yang dijangka berlangsung Ogos depan.
Menurut Syno, dia dan pasukannya mula menunjukkan kefahaman antara pasukan yang lebih baik menerusi pemilihan hero masing-masing.
"Keserasian masih ada kekurangan tapi komunikasi antara kami masih ada. Kami lebih fokus kepada objektif dan lebih peka dengan kedudukan peta dalam permainan," tambahnya.
ICON MY dan Borneo Dragon FV yang menang pada pusingan separuh akhir semalam bakal sertai Bigetron E-sports (sebelum ini dikenali sebagai IDNS SG), Flash Tyrants, AirAsia Saiyan, Mystic Burden Saiyan Reborn dan Traitor untuk bersaing di peringkat liga yang dijangka berlangsung pada 10 Ogos nanti.
MPL Malaysia dan Singapura kembali untuk musim kedua dengan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM399,000.
Bertemakan ‘Kebangkitan Legenda’, ia membuka tirai dengan tiga pusingan kelayakan bermula 22 Jun lalu sehingga 8 Julai depan.
Mariah Ahmad
Mon Jul 02 2018
Dengan 2,682 perlawanan menggunakan hero fighter Chou, Syno mengekalkan rekod kadar kemenangan yang baik iaitu sebanyak 88.3 peratus. - Facebook/Syno ML
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Mobile Legends: Sengatan berbisa Chou Syno dengan 'build damage'
Dengan 2,682 perlawanan menggunakan hero fighter Chou, Syno mengekalkan rekod kadar kemenangan yang baik iaitu sebanyak 88.3 peratus.