Kerajaan Negeri Perak mengumumkan insentif RM100,000 kepada pelumba negara Khairul Idham Pawi bagi mengiktiraf kejayaannya memenangi kejohanan MotoGP Dunia dalam Kategori MOTO3 di Grand Prix Motosikal Argentina baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata insentif itu diharap dapat mendorong remaja berusia 17 tahun berkenaan untuk lebih berjaya pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada belia di negeri itu.
Menurut beliau, susulan kejayaan Khairul Idham juga, kerajaan negeri akan meneliti keperluan mewujudkan litar di setiap daerah berdasarkan permintaan tinggi oleh belia di Perak.
FOTO: Khairul Idham Pawi lakar sejarah juarai Moto3 GP Argentina
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di pejabatnya di sini hari ini, Zambry berkata, RM60,000 daripada sumbangan itu telah pun diserahkan melalui Pejabat ADUN Kampung Gajah sebelum Khairul Idham berlepas ke Argentina.
Ekoran kejayaan remaja itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menambah RM40,000 lagi sumbangan.
BACA: Kejayaan Khairul Idham: Netizen harap Adam Norrodin juga diberi penghargaan
Shafiq Noordin
Wed Apr 06 2016

Khairul Idham meraikan kejayaannya di litar Termas de Rio Hondo di Argentina pada 3 April lalu. -AFP/Juan Mabromata

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MotoGP Dunia: Perak umum insentif RM100,000 kepada Khairul Idham
Insentif itu diharap dapat mendorong remaja berkenaan untuk lebih berjaya pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada belia di negeri itu.