PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah berlaku insiden kekecohan dalam aksi separuh akhir Kejuaraan B-19 AFF 2018 bertemu tuan rumah, Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang berakhir dengan kemenangan memihak Malaysia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau telah dimaklumkan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Abdul Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan yang berada di Surabaya, Indonesia bahawa terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan iaitu ketika mereka hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan.
Namun, menurutnya tiada sebarang kecederaan dialami pemain negara dan insiden berjaya dikawal oleh pihak berkuasa Indonesia.
"Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan.
"Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya juga dikawal oleh pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh para pemain dan pegawai pasukan B-19 kebangsaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Susulan insiden itu, Hamidin telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono bagi mendapatkan penjelasan.
Beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.
"Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu.
"Bagi pihak saya dan FAM, kami akan menunggu laporan daripada Match Commissioner (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya berhubung insiden ini," katanya lagi.
Tambah Hamidin, pihaknya juga telah menghubungi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi memaklumkan dan menjelaskan insiden yang berlaku ini.
Sinar Harian
Fri Jul 13 2018

Rakaman insiden kekecohan penyokong Indonesia selepas pasukannya tewas di separuh akhir. Foto Sinar Harian

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.