Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya itu yang dimahukan penyokong-penyokong 'Lang Merah'.
Katanya, beliau tidak kisah diberi jawatan apa pun kerana fokus utamanya sekarang adalah untuk memastikan bola sepak di Kedah dapat dibangunkan dengan sewajarnya.
"Kalau penyokong rasa saya sesuai untuk terajui KFA sekali lagi sebagai Presiden KFA, saya boleh terima cadangan tersebut tetapi perlu lihat adakah tindakan itu perlu atau cukup sekadar saya membantu dari luar sahaja.
"Saya tahu, sebelum ini dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Kedah telah menyatakan bahawa akan menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA kerana ia merupakan salah satu punca kepada masalah bola sepak Kedah sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mukhriz berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan itu kepada pihak pengurusan KFA dan suara peminat bola sepak Kedah.
Manifesto PH negeri antara lain mengandungi janji PH untuk menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.
Terdahulu, Mukhriz tiba di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada 8 pagi untuk memulakan hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
Mukhriz berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan itu kepada pihak pengurusan KFA dan suara peminat bola sepak Kedah. - BERNAMA/Fail
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.