Ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin kini di fasa terakhir dalam misi meraih gelaran Penjelajah Grand Slam pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Qobin, tiba di Punta Arenas, Chile pada Ahad untuk melakukan penjelajahan ke titik kosong darjah di Kutub Selatan.
Muhammad Muqharabbin berkata selepas mengharungi penerbangan transit selama 60 jam, beliau berhadapan dengan sedikit masalah apabila begnya tidak sampai bersama di Punta Arenas, namun setelah membuat laporan beg beliau selamat sampai pagi semalam.
"Hari ini (Isnin), saya akan membuat persediaan peralatan, menyerahkan beg ekspedisi untuk dihantar ke lapangan terbang dan telah bertemu dengan para penjelajah ski, pendaki dan para pengkaji dari beberapa negara lain yang akan ke Union Glasier, Antartika untuk memulakan ekspedisi masing-masing," katanya kepada media melalui aplikasi WhatsApp di sini.
Jelasnya, taklimat ekspedisi juga akan disampaikan oleh agensi yang mengendalikan Union Glasier iaitu Antarctic Logistic Expedition.
Katanya, beliau dijangka terbang ke Union Glasier menggunakan pesawat Ilyushin IL - 76TD pada esok, 8 pagi (7 petang waktu Malaysia) sekiranya cuaca mengizinkan bagi memulakan ekspedisi berski ke titik kosong darjah Kutub Selatan sejauh 120 kilometer (km).
Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang yang menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Muhammad Muqharabbin telah pun berjaya dalam menawan tujuh puncak tertinggi dunia di tujuh benua (2004-2010) dan berski di Kutub Utara pada April 2017.
Penjelajahan di Kutub Selatan ini merupakan fasa terakhir dalam misi meraih pengiktirafan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017

Qobin tiba di Punta Arenas, Chile pada Ahad untuk melakukan penjelajahan ke titik kosong darjah di Kutub Selatan.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Adrian dan bapanya sedang berkayak di Punta Arenas dan secara tiba-tiba dia hilang daripada pandangan bapanya.

Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.

Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud landa utara Chile
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik.

Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perubahan iklim, El Nino punca kebakaran hutan Chile
Perubahan iklim dan fenomena El Nino adalah kunci orang ramai perlu tahu bahawa kebakaran hutan di Chile yang meragut nyawa 131 orang dalam sejarah bencana alam terburuk di Chile.

Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina
Gempa bumi dilapor dirasai di bahagian tengah dan selatan negara jiran Chile.

5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas
Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas sebuah helikopter di selatan negara itu Isnin malam.