Nur Dhabitah Sabri yang genit dan periang merupakan "kejutan" yang dirahsiakan dan ditunggu-tunggu apabila muncul dalam aksi penuh dramatik "diterbangkan" untuk menyalakan obor kawah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada upacara pembukaan rasmi temasya dwitahunan itu malam tadi.
Tatkala negara menanti dengan penuh tanda tanya siapa yang menjadi "pilihan" untuk melaksanakan tugas istimewa itu ', pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 "diterbangkan" menuju ke kawah berwarna keemasan itu untuk menyalakan obor kawah.
Dikatakan menjadi atlet wanita pertama negara dipilih menyalakan obor kawah dalam sejarah enam Sukan SEA yang dianjurkan Malaysia sejak 1965, penerjun berumur 18 tahun itu dipilih bagi melambangkan masa depan sukan Malaysia.
Nur Dhabitah, anak kelahiran Kuala Lumpur memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform berirama di Glasgow serta pemenang dua pingat emas, masing-masing pada Sukan SEA Myanmar 2013 dan Sukan SEA Singapura 2015.
Kawah itu kelihatan bagaikan "gergasi" di samping Nur Dhabitah yang setinggi 1.52 meter namun 84,000 penonton di stadium bersorak sebaik sahaja penerjun negara itu menyalakan obor kawah, jelas menunjukkan seluruh negara berbangga dengan bintang terjun negara itu.
Semangat perpaduan yang dipaparkan pada rekaan kawah itu, yang diinspirasikan daripada pelita minyak tanah tradisional Malaysia yang digunakan untuk menyambut tetamu semasa kenduri-kendara.
Kawah itu mempunyai lima ruji dan tertera tulisan Rukun Negara dan berwarna keemasan sebagai simbolik memuliakan monarki Malaysia dan juga melambangkan anugerah tertinggi pada temasya dwitahunan itu.
Motif tenunan pada kawah itu melambangkan kekuatan dalam kesepaduan dan sebagai simbolik bagi semua atlet dan pegawai untuk bangkit bersama-sama sebagai satu keluarga. Ia juga sebagai pengiktirafan terhadap keindahan warisan kraf tradisional rakyat Malaysia untuk dikongsi dengan jiran-jirannya.
Terdahulu, nostalgia menyelubungi suasana dalam stadium apabila 18 ikon sukan termasuk Nur Dhabitah yang mewakili juara masa lalu, masa kini dan masa depan dengan penuh bangga berganti-ganti membawa obor KL2017.
Tradisi sejak sekian lama itu bermula dengan kumpulan yang diketuai pemenang dua pingat emas acara tenpin boling Sukan Komanwel 1998 Kenny Ang muncul di "jambatan" dalam stadium itu dengan diiringi juara pertama Malaysia dalam Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Muhammad Rafiq Ismail.
Saat penuh bersejarah itu diteruskan dengan Ang menyerahkan obor kepada pemenang pingat emas Sukan Asia Bangkok bagi acara berbasikal Datuk Ng Joo Ngan yang diiringi pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Fatehah Mustapha dan pemenang pingat gangsa Piala Dunia Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Obor kemudian bertukar tangan daripada Joo Ngan kepada pemenang empat pingat emas Sukan SEA acara hoki Datuk Mirnawan Nawawi yang diiringi pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2010 Faizal Saari dan Pemain Harapan Asia 2016 Hanis Nadiah Onn.
Minarwan kemudiannya menyerahkan obor itu kepada pemenang lapan pingat emas Sukan SEA dalam acara lompat jauh dan lompat kijang Mohd Zaki Sadri yang diiringi pemegang rekod kebangsaan dalam acara pecut 100m dan 200m Khairul Hafiz Jantan dan atlet lompat kijang ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia R. Kirthana.
Mohd Zaki kemudiannya menyerahkan obor kepada pemenang pingat gangsa acara beregu badminton Sukan Olimpik Barcelona 1992 Datuk Razif Sidek yang diiringi pemenang pingat perak acara beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon dan bekas juara Remaja Dunia 2015 Goh Jin Wei.
Obor kemudian bertukar tangan daripada Mohd Razif kepada pemenang lima pingat emas Sukan SEA Bryan Nickson Lomas yang kemudian menyerahkannya kepada ratu terjun Pandelela Rinong, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan pemenang enam pingat emas Sukan SEA.
Selepas itu Pandelela menyerahkan obor kepada Nur Dhabitah yang kemudiannya diterbangkan dengan penuh dramatik untuk menyalakan obor kawah Sukan SEA 2017.
Obor itu kembali ke Malaysia selepas dibawa merentasi semua negara yang mengambil bahagian dalam edisi ke-29 Sukan SEA menerusi program Larian Obor Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017.
Rakyat seluruh negara berbangga apabila 320 Jalur Gemilang, mewakili 32 juta rakyat Malaysia dikibarkan pada permulaan perbarisan kontinjen diikuti 11 bendera kebangsaan negara peserta iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan Malaysia, bersama-sama bendera PersekutuanSukan Asia Tenggara (SEAGF) dan bendera temasya Sukan SEA.
Kontinjen Malaysia mengakhiri perbarisan selaku tuan rumah KL2017 dengan tiga juara dunia sebagai pembawa bendera iaitu juara dunia keirin 'The Pocket Rocket Man' Azizulhasni Awang, ratu terjun Cheong Jun Hoong yang merupakan juara Kejohanan Dunia Fina di Budapest, Hungary dan juara silat dunia Mohd Al-Jufferi Jamari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
Nur Dhabitah diberi penghormatan untuk menyalakan obor kejohanan pada acara pembukaan rasmi Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 19 Ogos, 2017. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Kawah Yellowstone bakal meletus, 5 bilion populasi dunia akan pupus - Pakar
Ahli geologi beri amaran bahawa dua pertiga populasi dunia ini akan pupus sekiranya gunung berapi Yellowstone meletus.
Nur Dhabitah dipilih menyalakan obor kawah KL2017
Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu "diterbangkan" menuju ke kawah berwarna keemasan itu untuk menyalakan obor kawah.