Malaysia boleh melupakan hasrat merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan keempat pada pusingan kelayakan Kumpulan A, pada Khamis.
Kekalahan 0-6 kepada Palestin di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan pada aksi keenam pada Khamis menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga keempat menerusi kutipan empat mata dengan baki dua perlawanan.
Ia merupakan jaringan sama dicatat Palestin ketika memalukan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Jun lepas.
Beraksi dalam keadaan cuaca sejuk sekitar 17 darjah Celsius, seolah-olah memberi rahmat kepada Palestin yang melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad Harimau Malaya.
Hasilnya, pemain kelahiran Chile, Jonathan Cantillana yang juga kapten pasukan meletakkan Palestin di hadapan pada minit ke-36 menerusi sepakan perlahan tetapi sudah cukup untuk menerjah sebelah kiri pintu gol Malaysia.
Selang dua minit kemudian, Ahmed Abunahia menggandakan kedudukan untuk Palestin, selepas beliau bijak mencuri bola yang cuba dilorongkan oleh Matthew Davies kepada Razman Roslan, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Abunahia meledak gol kedua peribadi pada minit ke-45 selepas bijak memanfaatkan keadaan kelam kabut di dalam kawasan penalti skuad negara dan keputusan 3-0 itu kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Palestin terus menggandakan serangan ke arah kubu skuad Harimau Malaya dan Abunahia melakar nama selaku penjaring hatrik hasil tolakan mudah ke dalam pintu gol Malaysia pada minit ke-58.
Palestin menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi pemain gantian, Tamer Seyam pada minit ke-88 dan Jaka Hbaisha pada masa kecederaan separuh masa kedua bagi melengkapkan kejayaan cemerlang pasukan kendalian Abdal Nasser Barakat itu.
Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi seterusnya di Stadium Shah Alam, 17 Nov ini.
Pada satu lagi aksi Kumpulan A, UAE meraih kemenangan selesa 8-0 ke atas pasukan tercorot kumpulan, Timor Leste di Stadium Mohammed Bin Zayed di Abu Dhabi, UAE.
Bernama
Fri Nov 13 2015
Pemain pertahanan Palestin Abdallah Jaber (kanan) cuba untuk memintas dari pemain Malaysia Wan Zack Haikal (tengah) sewaktu perlawanan di antara Palestin dan Malaysia di Stadium Antarabangsa Amman pada 12 November, 2015. Gambar AFP/Khalil Mazraawi
LaLiga: Endrick lakar sejarah, Real Madrid peroleh kemenangan pertama musim 2024-25
Endrick, yang hadir sebagai pemain gantian, mewarnai kemenangan bergaya dengan gol pada minit keenam dalam masa kecederaan.
Durov tidak sembunyikan apa-apa - Telegram
Telegram mendakwa adalah tidak masuk akal untuk meminta pemilik bertanggungjawab atas penyalahgunaan platform.
Durov tidak sembunyikan apa-apa - Telegram
Susulan Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov yang ditahan di Perancis pada Sabtu, Aplikasi berkenaan dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Durov, tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.
Kekejaman Zionis: Hamas tolak syarat baharu gencatan senjata Israel
Hamas menolak syarat baharu Israel yang dikemukakan dalam rundingan gencatan senjata Gaza, pada Ahad.
Banjir: 20 maut, 5.2 juta penduduk terjejas di Bangladesh
Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan lebih 5.2 juta penduduk terjejas di Bangladesh akibat banjir, pada Ahad.
Konflik Asia Barat: Hezbollah, Israel berbalas serangan, ketegangan meningkat
Kumpulan Hizbullah melancarkan ratusan roket dan dron ke Israel awal Ahad, manakala tentera Israel menyerang Lubnan dengan kira-kira 100 jet.
Kumpulan wanita protes kegagalan undang-undang india
Sekumpulan kaum wanita turun di jalanan di bandar Siligury di timur India, dan berarak dengan membawa obor bagi mengekalkan tekanan kepada kerajaan.
Israel arah pindah, ribuan terpaksa tinggalkan Hospital Al-Aqsa
Penduduk Gaza dan pesakit terpaksa meninggalkan hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah ke kawasan berhampiran berikutan arahan pemindahan tentera Israel.
KPKT cadang pemetaan utiliti bawah tanah
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah, dalam mesyuarat kementeriannya pada minggu ini.
Nga berkata Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya dan pelbagai agensi terlibat supaya mempunyai pemetaan utiliti atau kemudahan di bawah tanah.
Nga berkata Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya dan pelbagai agensi terlibat supaya mempunyai pemetaan utiliti atau kemudahan di bawah tanah.
Kumpulan wanita protes kegagalan undang-undang India
Protes itu juga bagi menuntut keadilan kepada tragedi seorang doktor yang dirogol dan dibunuh di Kolkota pada 9 Ogos lalu.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.