Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team, kelab dari Terengganu, di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.
Pemain kelahiran Nigeria yang berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mat Zin berkata pihaknya terkejut dengan perkara berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain yang beraksi dalam Liga Perdana itu dibenarkan beraksi.
"Dia tidak mengadu apa-apa masalah sebelum ini dan memang ingin beraksi pada perlawanan ini.
"Dia memang pemain yang bagus dan selalu memberi arahan kepada rakan sepasukan, ini merupakan musim pertamanya bersama pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima pengesahan mengenai kematian pemain pertahanannya itu pada pukul 10.05 malam selepas dihubungi penolong jurulatih Azhari Salim yang berada di hospital berkenaan.
"Dikatakan (Faramola) ada masalah jantung tetapi kita perlu buat bedah siasat dahulu," katanya.
Perlawanan persahabatan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil perlawanan Ku Alauddin Ku Muhammad.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis daerah Kota Baharu Supt Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian pemain import itu.
Bernama
Sat Jun 13 2015
Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ket ika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team.
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
Pilihan tepat pilih Ahmad Nawab gubah lagu Malaysia Truly Asia
Kata Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, keputusan yang tepat memilih Allahyarham Ahmad Nawab untuk gubah lagu Malaysia Truly Asia hingga kita menjadi negara pelancong kedua terbesar di Asia selepas China.
Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Jenazah maestro muzik tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Gombak.
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 176 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun kepada 176 orang setakat 12 tengahari, berbanding 183 mangsa pagi tadi.
Angka terkini ini melibatkan 46 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Lima negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 46 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Lima negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Pindaan Akta 588: Kesan pemilik akaun palsu media sosial
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, justeru itu salah satu cadangan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah untuk mewujudkan satu seksyen baharu bagi memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan.
RUU Pindaan Akta 588 dilulus jemaah menteri, dijangka bentang Disember ini
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan RUU tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen pada Disember ini.
Mahkamah perintah 172 jam tangan 'Pride Collection' dikembali kepada The Swatch Group
Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas oleh KDN tahun lepas, dikembalikan semula kepada The Swatch Group.
KPKT pinda garis panduan elak rumah ibadat bukan Islam terima peruntukan berulang
Beliau berkata, prosedur pemproses permohonan sama ada secara terus atau menerusi sistem e-RIBI akan disaring kementerian, sebelum dinilai pasukan penilaian dan pemantauan.
Ahmad Nawab, seniman sepanjang zaman - Datuk Habsah Hassan
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab diingati sebagai seorang komposer yang memahami selera masyarakat dan sentiasa mengikuti arus perubahan muzik sejak era 50-an hingga kini.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Semangat, kreativiti Ahmad Nawab disanjung tinggi
Semangat dan kreativiti Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dikongsi sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan oleh komposer muzik,Datuk Wah Idris.
Pemandu ambulans tonton perlawanan, Faramola terlambat digegas ke hospital
Pengurusan T-Team kecewa usaha membantu pemain yang memerlukan rawatan dalam kes-kes kecemasan tidak menepati SOP.
Pemain import T-Team meninggal dunia pada perlawanan persahabatan
Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ket ika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team.