Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman hari ini melahirkan hasratnya untuk meneruskan penajaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya dia mendapat sokongan penuh dari penyokong Skuad Kijang itu.
Katanya pembelian produk keluaran syarikatnya oleh penyokong-penyokong amat penting bagi memastikan syarikatnya mampu menjana modal untuk meneruskan tajaan berkenaan bagi jangka masa panjang.
“Saya nak tengok penyokong sokong saya tidak, sokong tidak produk-produk saya seperti Pamoga, QuPuteh. Beli ke tidak. Takkan kita nak tengok bola kita tengok sahaja suka-suka tetapi kita tidak menyokong saya.
“Takkan saya nak berjuang seorang walaupun ada duit tapi sokong saya beli produk saya maka saya boleh recycle duit itu. Saya boleh sambung (penajaan). Ini kalau tak sokong, tak beli Pamoga tak beli QuPuteh dan sebagainya macam mana saya nak belanja lagi.
“Saya berniaga, saya dapat duit melalui itu sahaja tetapi kalau penyokong tidak beli air tin saya walau RM5 macamana. Itu adalah sebahagian daripada penajaan itu yang kita harapkan, bukan sahaja peminat membeli. Saya adalah penaja, kena macam itu,” katanya ketika ditemui di di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Keputusan sama ada penajaan itu akan diteruskan atau tidak dijangka diketahui pada mesyuarat KAFA malam ini.
Apa pun keputusannya, Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan tetap tidak berminat untuk mengambil alih pengurusan KAFA dan menyerahkan urusan bola sepak Kelantan kepada pihak berkaitan sukan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut memaklumkan beliau juga tidak berminat untuk menjadi Presiden persatuan berkenaan.
Datuk Seri Vida sebelum itu membuat pengakuan bersalah atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Thu Dec 15 2016

Keputusan sama ada penajaan itu akan diteruskan atau tidak dijangka diketahui pada mesyuarat KAFA malam ini. - Gambar fail
Ukraine setuju syarat perjanjian mineral dengan AS
Amerika Syarikat dan Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai draf perjanjian mineral, yang menjadi elemen penting dalam usaha Kyiv mendapatkan sokongan Washington.
Sementara itu, Presiden Donald Trump berusaha menamatkan perang dengan Rusia dalam masa yang yang terdekat.
Sementara itu, Presiden Donald Trump berusaha menamatkan perang dengan Rusia dalam masa yang yang terdekat.

Amerika jual “kad emas” AS$5 juta kepada orang kaya warga asing untuk peroleh kewarganegaraan
Kad emas tawar peluang tinggal dan bekerja selain laluan ke arah memperoleh kewarganegaraan AS.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Anwar bertemu Jose Ramos-Horta di Vietnam
Di sela kunjungan ke Republik Sosialis Vietnam pada Selasa, Anwar sempat bertemu sahabat dan Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta malam tadi.
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas To Lam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di Hanoi pada Selasa. Ia sekali gus menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini. #AWANInews

Jet Israel serang selatan Damsyik, Daraa
Sumber keselamatan Syria melaporkan bahawa sebuah tapak ketenteraan menjadi sasaran, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta untuk PKS, firma pertengahan
Dana RM131.5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.

Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.

Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.

'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."

'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.

'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.

'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.

Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.

Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.

Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.