Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia, Kumpulan Hallmark Events hanya menggunakan isu keselamatan negara sebagai alasan bagi mendapatkan penajaan berjumlah RM3.5 juta.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penganjur itu bersikap licik bagi mendapatkan penajaan daripada kerajaan Malaysia, sekiranya mahu meneruskan penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kuala Lumpur dari 11 hingga 18 Dis ini.
Khairy berkata pihaknya menerima penjelasan daripada penganjur menerusi e-mel semalam, namun menyifatkan tindakan mereka menggunakan alasan masalah keselamatan di Malaysia untuk menangguhkan kejohanan itu, adalah tidak masuk akal.
"Lebih menarik lagi, dalam e-mel yang saya terima, mereka mengakui semua (isu keselamatan) bukan sebab utama, mereka sebenarnya mengakui menghadapi masalah kewangan.
"Dalam e-mel itu, mereka menyatakan kejohanan tersebut boleh diteruskan sekiranya kerajaan Malaysia memberi penajaan sebanyak RM3.5 juta untuk aturan keselamatan persendirian.
"Ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan kenyataan itu (masalah keselamatan) untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan. Saya tidak berkompromi dengan peras ugut menggunakan isu keselamatan," katanya selepas perasmian 'Lean In Summit Malaysia 2015', di sini hari ini.
Khairy turut menyanggah kenyataan masalah keselamatan yang dikeluarkan oleh penganjur itu, memandangkan Malaysia telah menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa tanpa sebarang masalah.
Misalnya, beliau berkata Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara baru-baru ini, yang menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin terkemuka dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan ia berjalan dengan lancar.
Bernama
Sat Dec 05 2015

KHAIRY: Mereka mengakui semua (isu keselamatan) bukan sebab utama, mereka sebenarnya mengakui menghadapi masalah kewangan. - Gambar Fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kejohanan Skuasy Individu Wanita Dunia berdepan pembatalan
Kejohanan skuasy individu wanita dunia berdepan pembatalan apabila penganjur mengugut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut 3.5 juta ringgit hanya untuk kos keselamatan.

Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia guna alasan keselamatan dapatkan tajaan RM3.5 juta - Khairy
Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia, Kumpulan Hallmark Events hanya menggunakan isu keselamatan negara sebagai alasan bagi mendapatkan penajaan berjumlah RM3.5 juta.