Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dikejutkan dengan berita seorang pemain kebangsaan didapati positif ujian doping sewaktu Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.
Perkara mengejutkan itu diumumkan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
Menurut Subahan, penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Oktober lalu.
"Kita menerima surat daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bertarikh 12 Dis lepas mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan Kumar.
"Kumar dikesan menggunakan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Justeru, Subahan berkata buat masa ini, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, dengan sesi pendengaran dijangka diadakan pada Januari tahun depan.
Dalam pada itu, Subahan berkata KHM sentiasa berada di belakang Kumar untuk memberi sokongan moral dan akan bekerjasama dengan Adamas bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk menyelesaikan perkara itu dengan jalan terbaik.
"Kumar merupakan pemain berdisiplin dan sudah lama berkhidmat bersama skuad kebangsaan, pastinya kita akan memberi sokongan dan bantuan sekiranya diperlukan.
"Kalau kita lihat pada surat FIH, bahan terlarang dikesan pada Kumar juga adalah pada kadar sedikit atau ringan dan ia bukan bahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi sebaliknya hanya sebagai bahan untuk pelangsingan badan," katanya.
Sementara itu, Dr Ramlan berkata kejayaan Malaysia muncul naib juara Piala Asia 2017, bagaimanapun tidak terjejas kerana kegagalan ujian doping itu hanya melibatkan seorang pemain.
"Menurut peraturan WADA, keputusan sesuatu pasukan hanya akan dibatalkan sekiranya terdapat dua orang dan ke atas yang gagal dalam ujian doping.
"Jadi dalam hal ini, kedudukan pasukan negara masih lagi selamat dan keputusan naib juara itu kekal serta tidak akan dibatalkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
Penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Okt lalu. - Gambar fail Bernama
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.