SELEPAS pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penyokong bola sepak Kedah.

Masakan tidak, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, secara automatik merupakan pemegang tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).




Situasi semasa membuatkan penyokong skuad Lang Merah itu mula tidak senang duduk kerana seandainya Mukhriz dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar, kepimpinan KFA juga berubah.

Perkara ini merisaukan penyokong yang rata-ratanya melihat Mukhriz sebagai orang yang bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan pasukan Kedah.

YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa bersama skuad hijaukuning di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Sri...

Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on


Sokongan penyokong dengan nama Azrul Azura.


Penyokong bimbang jika kepimpinan KFA terumbang-ambing selepas ini


Merul Pereyra bimbang jika situasi semasa menjejaskan prestasi skuad Kedah.

Penyokong berpendapat, prestasi pasukan naik mendadak selepas jawatan presiden KFA diambil Mukhriz kira-kira dua tahun lalu.

Ramai yang bimbang jika situasi yang berlaku akan memberikan kesan kepada kecemerlangan pasukan Kedah.

Tiga tahun tersingkir di Liga Perdana, prestasi Kedah memuncak tahun lalu apabila menjadi naib johan Piala Malaysia, selain menjuarai Liga Perdana yang menyaksikan mereka kembali bersaing di Liga Super musim ini.