Penyokong skuad Red Giants pada Sabtu menghantar memorandum memohon perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut yang melanda pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Memorandum dua muka surat itu diserahkan Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor, Mohd Faizal Wahid kepada pihak istana di Istana Bukit Kayangan, di sini yang diterima pengawal istana, Laskar Kanan Khairul Redzuan Saamaton kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Menurut Mohd Faizal, antara kandungan memorandum itu adalah bagi memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menitahkan Presiden FAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan segera ke atas pengurusan persatuan tersebut.
Ini kerana katanya, hanya dengan titah sultan mampu mengelakkan rombakan pengurusan FAS dicemari unsur politik pihak tertentu yang hanya menyebabkan ia terus dibelenggu kemelut berpanjangan.
Penyokong Red Giants, Muhd Ali Zakaria berkata sejarah kegemilangan 33 kali sebagai juara Piala Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan lapuk akibat kemelut berkenaan sedangkan rakyat negeri itu mahu terus melihat kecemerlangan pasukan tersebut.
"Kami (penyokong Red Giants) dari Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Tanjung Karang, sanggup korbankan masa, tenaga dan duit untuk datang ke stadium menyokong tapi kami amat kecewa kerana kerajaan negeri masih tak ambil tindakan selesaikan kemelut pengurusan FAS.
"Ramai anak jati Selangor mentadbir syarikat korporat ternama, kalau FAS ada masalah kewangan, kenapa tidak minta penajaan daripada mereka? Jangan asyik kata FAS tiada duit menyebabkan Red Giants terpaksa tarik diri," katanya kepada pemberita.
Menurut Muhd Ali lagi, sekiranya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan untuk menerajui FAS, seluruh penyokong Red Giants amat berbesar hati menerimanya demi kegemilangan pasukan itu pada masa depan.
Pada Jumaat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menerusi akaun laman sosialnya menyarankan rombakan drastik dilakukan FAS berikutan perkembangan terkini dilihat begitu membimbangkan.
Beliau turut menggesa FAS mengorak strategi bukan sahaja untuk pasukan utama tetapi juga menekankan pembangunan bola sepak dengan lebih menyeluruh mencakupi peringkat akar umbi.
Menurut Tengku Amir Shah, strategi FAS juga perlu merangkumi langkah meningkatkan mutu infrastruktur di serata negeri dan melaksanakan aspek pemasaran sukan yang komprehensif bagi memperoleh pendapatan yang mapan.
FAS sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dana yang menyukarkan pasukan itu menghadapi Liga Super akan datang berikutan Azmin dikatakan belum mengumumkan sebarang peruntukan kepada Red Giants.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016

Penyokong skuad Red Giants menghantar memorandum memohon perhatian Sultan Selangor, berhubung kemelut yang melanda pengurusan FAS. - fotoBERNAMA
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 singkap tirai
Juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.

Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.

FAS berhasrat majukan bola sepak wanita menerusi WSL
10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri mulai 29 Nov.

Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.

FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu.

Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.

FAS sasar lahir 250 pengadil di Selangor menjelang akhir 2020
Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Abdul Basith Abdul Hamid berkata beberapa program akan dilaksanakan bagi menarik minat ramai, terutamanya golongan belia, menyertai bidang pengadilan.

Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.

Tengku Amir Shah kecewa anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit
Tengku Amir berkata beliau telah memanggil pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.

Amirudin mahu kemelut landa FAS segera diselesaikan
Walaupun sebelum ini Tengku Amir sudah bertitah enggan mengadakan kongres luar biasa (EGM) dalam badan induk itu, namun beberapa ahli gabungan tetap berdegil.