Kontinjen Malaysia mempamerkan aksi cemerlang pada hari pertama Sukan SEA ke-30 di Filipina selepas meraih empat emas, dua perak dan dua gangsa.
Atlet wushu negara, Loh Choon How memulakan tuaian emas untuk kontinjen Malaysia setelah mengungguli acara Taijiquan lelaki dengan kutipan 9.680 mata pada aksi di World Trade Center, Manila.
Paling mencuri tumpuan adalah penari muda berusia 24 tahun, Lego Sam Lee Jek yang meraih emas kedua dalam acara Break Dance Lelaki dalam sukan tarian yang berlangsung di Ballroom Royce Hotel and Casino di Clark.
Kejayaan itu menyaksikan Malaysia berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk meraih emas sulung pada temasya sukan berkenaan selepas gandingan Yong Kwok Leong dan Gooi Yee Zhen sekadar meraih pingat gangsa dalam acara Latin Amerika (Rumba) pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
Pasukan polo pula mengekalkan status mereka sebagai pasukan terbaik ASEAN apabila mengekalkan pingat emas sukan polo buat kali ketiga berturut-turut selepas mengatasi pasukan tuan rumah, Filipina menerusi keputusan tujuh berbalas 5.5 pada aksi final di Padang Polo L. Miguel Romero di Batangas, dekat sini.
Sebagai rekod, Malaysia muncul juara acara polo pada edisi 2007 di Korat, Thailand, sebelum mempertahankan emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Atlet luncur ais negara, Julian Yee Zhi Yi menjadi atlet terakhir menyumbang emas untuk kontinjen Malaysia setelah mengungguli acara luncur bebas dengan kutipan 202.64 mata keseluruhan pada aksi di SM Megamall.
Dua perak diperolehi menerusi seorang lagi atlet wushu negara, Wong Weng Son dalam acara Changquan Lelaki, serta Fakrul Adam Fauzi Cruz dalam acara Kurash bawah 90kg lelaki, manakala dua gangsa pula masing-masing disumbangkan oleh skuad floorball lelaki dan wanita negara yang menewaskan Filipina pada aksi penentuan pingat gangsa.
Tuan rumah, Filipina mempamerkan belang mereka setelah mendahului kutipan pingat pada hari pertama dengan jumlah keseluruhan 22 emas, 12 perak dan sembilan gangsa, disusuli Vietnam (10-13-9), manakala Thailand berada di tempat ketiga dengan kutipan lima emas, empat perak dan 10 gangsa.
Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari kedua, Isnin, dalam beberapa acara, antaranya adalah wushu, menembak, pencak silat dan gimnastik artistik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

Aksi Lego Sam Jee Lek menunjukkan pingat emas selepas memenangi dalam kategori itu sempena Sukan SEA Filipina di Royce Hotel, Clark, New Clark City, 1 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Permulaan cemerlang kontinjen Malaysia pada hari pertama Sukan SEA
Atlet wushu negara, Loh Choon How memulakan tuaian emas untuk kontinjen Malaysia setelah mengungguli acara Taijiquan lelaki dengan kutipan 9.680 mata pada aksi di World Trade Center, Manila.