Selepas empat tahun tidak aktif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kini kembali berfungsi apabila kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden baru persatuan itu.
Selaku presiden, Hairuddin akan mewakili PFAM di Mesyuarat Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) Asia di Melbourne pada Selasa.
Hairuddin jelas dilihat calon sesuai mempimpin persatuan ini, untuk mewakili pemain-pemain lain dalam kancah Liga M.
Beliau adalah antara pemain paling senior yang masih mengerah kudrat dalam saingan Liga M ketika ini.
Hairuddin juga cukup sinonim dengan masalah-masalah yang kerap dihadapi pemain dalam saingan domestik.
Menerusi kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa, Hairuddin mahu meningkatkan keberkesanan persatuan ini.
"Buat masa ini sudah ada 160 pemain yang mendaftar sebagai ahli.
Saya harap ramai lagi pemain akan menghubungi kami untuk menjadi kami, kami perlu perkasakan semula persatuan ini," kata Hairuddin.
Pembabitan Hairuddin bersama PFAM turut disokong jurulatihnya di ATM, B Sathianathan.
"Dalam bola sepak, yang paling utama adalah pemain-pemain. Kini dengan adanya PFAM, ia dapat menjadi suara yang mewakili hak pemain-pemain dalam kancah Liga M," kata bekas pengendali kebangsaan ini ketika dihubungi Astro Awani pada Selasa.
Selain Hairuddin, turut terbabit dengan PFAM ialah dua lagi pemain ATM, Reezal Zambry yahya dan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan.
Reezal adalah Timbalan Presiden PFAM, manakala Shukor adalah exco persatuan itu, bersama dengan tiga lagi pemain, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (Johor D-T) dan P Gunalan (PKNS Selangor).
Fadzrie Hazis
Tue Jun 11 2013
![PFAM kembali bernafas PFAM kembali bernafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41370951201_295x200.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pendekatan Harimau Malaya berdepan ujian - Hairuddin Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pendekatan Harimau Malaya berdepan ujian - Hairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/81460352018_HairuddinOmar.jpg)
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pendekatan Harimau Malaya berdepan ujian - Hairuddin
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Hairuddin Omar, melabel Malaysia kini tersepit dalam misi wajib menang bagi baki perlawanan pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
![PFAM minta FMLLP teliti semula jadual Liga Malaysia PFAM minta FMLLP teliti semula jadual Liga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460352018_HairuddinOmar.jpg)
PFAM minta FMLLP teliti semula jadual Liga Malaysia
PFAM mendapati kebanyakan jadual perlawanan liga tidak memperuntukan tempoh rehat yang mencukupi iaitu minimum tiga hari antara setiap dua perlawanan.
![Cari penyelesaian tingkat prestasi Harimau Malaysia - Hairuddin Cari penyelesaian tingkat prestasi Harimau Malaysia - Hairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460352018_HairuddinOmar.jpg)
Cari penyelesaian tingkat prestasi Harimau Malaysia - Hairuddin
Amat menghairankan apabila prestasi dan ranking Harimau Malaysia merosot tetapi pada masa sama kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan prestasi amat baik.
![Tiada isu tunduk kepada Singapura Tiada isu tunduk kepada Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434720199_LionsXII.jpg)
Tiada isu tunduk kepada Singapura
Sepak mula Liga Super di Singapura tidak boleh dilewatkan kerana peraturan stadium mahu semua aktiviti ditamatkan pada 11:00 malam.
![Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia/29113HairuddinOmar.jpg)
Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII
Ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) Hairuddin Omar terkilan apabila permohonan menangguhkan jadual perlawanan 8.30 malam selama sejam di Stadium Jalan Besar tidak dilayan.
![PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371310498_295x200.jpg)
PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain
Dengan perlantikan Hairuddin Omar sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) akan membantu dengan membawanya ke Fifpro, sebelum dirujuk ke FIFA.
![PFAM kembali bernafas PFAM kembali bernafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41370951201_295x200.jpg)
PFAM kembali bernafas
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kini kembali berfungsi apabila Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden persatuan.