JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan F, Piala AFC selepas menewaskan Boeung Ket Angkor 3-0 di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom Penh, malam ini.
Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk memburu gol pertama apabila Muhamad Safawi Rasid melakukan penyudah sempurna yang menewaskan penjaga gol lawan, Sou Yaty, pada minit kesembilan.
Safawi, yang membuat larian menarik sambil menerima hantaran jauh daripada Nazmi Faiz Mansor, tidak mempunyai masalah mengelirukan Yaty dengan mencari ruang untuk melakukan rembatan.
Nazmi beraksi cemerlang pada malam ini apabila kemudiannya menjaringkan gol kedua JDT dengan rembatan deras ketika keadaan kelam kabut di depan gawang lawan.
Sebelum rehat, JDT sepatutnya boleh menambah satu lagi gol apabila dihadiahkan sepakan penalti akibat R. Gopinathan dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Malangnya, sepakan yang diambil Azamuddin Akil diselamatkan Yaty yang melayangkan badan ke sebelah kanannya.
Kembali dari bilik persalinan, JDT tidak menunjukkan sebarang pengenduran tetapi kekal bernafsu untuk mencari jaringan tambahan.
Tetapi peningkatan aksi kelab Kemboja itu turut membantu menggagalkan usaha 45 minit kedua JDT sehinggalah Gabriel Guerra muncul melakukan jaringan pada masa kecederaan.
JDT kini berada di tangga kedua Kumpulan F, dua mata di belakang Global FC, sementara Boeung Ket Angkor di tempat ketiga dan Magway FC keempat.
Astro Arena
Wed Apr 19 2017
JDT kini berada di tangga kedua Kumpulan F, dua mata di belakang Global FC, sementara Boeung Ket Angkor di tempat ketiga dan Magway FC keempat.
Randai Macbeth: Adaptasi interkultural yang berani
Adaptasi ini memberikan kritikan halus terhadap situasi politik kontemporari, di mana kuasa sering disalah gunakan tanpa peduli kepada nilai etika dan tanggungjawab sosial.
AWANI Ringkas: Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI
Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 Oktober 2024
1️⃣ Belanjawan 2025 hari ini
2️⃣ Perkembangan banjir dalam negara
3️⃣ Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
#awaniringkas
1️⃣ Belanjawan 2025 hari ini
2️⃣ Perkembangan banjir dalam negara
3️⃣ Kematian Yahya Sinwar, kehilangan untuk Hamas
#awaniringkas
Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus tamatkan acara keirin di tempat kesembilan
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan.
Belanjawan 2025: Economic Empowerment via F&B Social Entrepreneurship
The panel discussion with Yayasan Hasanah and Pepper Labs highlights how digital innovation and active entrepreneurship in the Digital Economy can be encouraged with technology via public, private and philanthropy partnership.
Masih ada penjualan petrol Malaysia di selatan Thailand - KPDN Perlis
KPDN Perlis tidak menafikan terdapat kegiatan penjualan petrol bersubsidi yang diseludup dari Malaysia berlaku di Selatan Thailand.
JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah
JHEAIK menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas.
Pindaan Jadual Kedua selaras tambahan badan pensijilan halal luar negara - Armizan
KPDN telah meminda Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 berhubung penambahan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Lelaki ditahan acu pistol selepas ditegur jangan merokok
Suspek mengacukan sebuah objek menyerupai pistol ke arah perut pengadu selepas ditegur jangan merokok di medan selera.
Piala AFC: JDT kecewakan Boeung Ket Angkor
Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk memburu gol pertama apabila Muhamad Safawi Rasid melakukan penyudah sempurna yang menewaskan penjaga gol lawan, Sou Yaty, pada minit kesembilan.