Aksi pusingan kedua perlawanan bola sepak Piala FA antara PDRM dan Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada Selasa, terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu susulan hujan lebat dan petir.
Komisioner Perlawanan, Abd Rais Mohd Shaarani, berkata keputusan tersebut dicapai setelah pegawai perlawanan mengadakan mesyuarat dengan wakil kedua-dua pasukan berkenaan.
“Perlawanan pada petang ini ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia dan penundaan perlawanan ini disebabkan keadaan cuaca tidak mengizinkan,” kata Rais.
Sementara itu, pengurus PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai perlawanan menangguhkan perlawanan tersebut kerana mendakwa mereka perlu menanggung kos perjalanan yang agak tinggi untuk pasukan Sarawak.
Berbeza pula dengan pandangan disuarakan pengurus Sarawak, Hamzah Brahim, yang bersetuju dengan keputusan komisioner perlawanan bagi mengelak kejadian tidak diingini sekiranya perlawanan berkenaan diteruskan.
“Keputusan (penangguhan) ini adalah terbaik kerana kita melihat dari sudut keselamatan pemain. Walaupun hujan semakin reda, petir sentiasa berlaku, jadi kami tidak mahu ambil risiko.
“Sekiranya berlaku kejadian di atas padang, kami tidak mahu kedua-dua pihak saling tuding menuding di antara satu sama lain, jadi kami ambil keputusan tidak mahu meneruskan perlawanan ini,” tegas Hamzah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019

Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tunda perlawanan: MFL tidak tegas? - Kamarul Ariffin
Keputusan menunda perlawanan itu diumumkan komisioner perlawanan, Abd Rais Mohd Shaarani, tepat jam 6 petang selepas tiada tanda-tanda hujan dan kilat akan reda.

Piala FA: Aksi PDRM-Sarawak ditunda
Komisioner Perlawanan, Abd Rais Mohd Shaarani, berkata keputusan tersebut dicapai setelah pegawai perlawanan mengadakan mesyuarat dengan wakil kedua-dua pasukan berkenaan.