Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya mempamerkan aksi bertenaga dan keazaman tinggi untuk mencapai kemenangan pada final Piala Malaysia edisi tahun ini seterusnya menebus kekecewaan yang dialami pasukan itu pada aksi sama dua tahun lalu.
Kedah akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini, lawan sama yang mengecewakan mereka pada final Piala Malaysia 2017 dengan kekalahan 0-2.
Aidil Sharin berkata peluang beraksi di pentas akhir bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, justeru setiap pemain skuad Lang Merah perlu memanfaatkan peluang kali ini dan menjulang piala berprestij tanah air itu.
"Insya-Allah, saya percaya kepada semua pemain, harapan saya agar keputusan di final nanti memberi keputusan terbaik untuk pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa sesi latihan pasukan Kedah sempena final Piala Malaysia 2019 di Stadium Darul Aman, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Aidil Sharin berkata ketiadaan dua pemain pertahanan, Renan Alves dan Mohd Rizal Khazali, yang tidak dapat beraksi kerana digantung permainan tidak akan memberi masalah besar kerana ada pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab mengekang JDT.
Sementara itu, bekas pemain JDT yang kini bersama Lang Merah, Mohd Azamuddin Akil berharap Kedah dapat membuat kejutan Sabtu ini memandangkan bekas pasukannya itu memiliki barisan pemain hebat dan kuat.
"Semua orang tahu JDT ni pasukan yang kuat, kami datang ke Bukit Jalil bukan sebagai pasukan pilihan, tapi kena main macam biasa seperti berlawan dengan Pahang (di peringkat separuh akhir), semasa perlawanan di Pahang, kami tidak fikir apa dan kami enjoy bermain hingga layak ke peringkat akhir ini," katanya.
Bagi pemain pertahanan Kedah, Muhammad Shakir Hamzah pula, tugas berat menanti pasukannya terutama bagi pemain yang dipilih menggantikan Renan dan Rizal yang bertanggungjawab menutup peluang JDT menjaringkan gol.
Beliau bagaimanapun optimis, jika Kedah mampu mempamerkan permainan berpasukan dan tekad yang tinggi keputusan positif mampu dicapai.
Turut berkongsi pandangan, penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kasim yang bertekad tidak mahu gawang Kedah dibolosi dengan mudah oleh JDT.
"Kami kena bagi tumpuan terutama rembatan luar kotak dan hantaran berbahaya mereka, namun ini Piala Malaysia tentunya saya akan buat yang terbaik dalam misi menjulang kejuaraan kali ini," katanya yang melihat tiga pemain JDT iaitu Mohd Safawi Rashid, Gonzalo Cabrera dan Diogo Luis Santo sebagai ancaman utama Kedah.
Kedah yang sebelum ini menjulang Piala FA edisi tahun ini melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2019 menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas mencatat keputusan agregat 8-8 menewaskan Pahang pada peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019
Aidil Sharin berkata ketiadaan dua pemain pertahanan yang tidak dapat beraksi kerana digantung tidak akan memberi masalah besar kerana ada pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab mengekang JDT. - Gambar fail
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.