Jaringan hatrik pemain import, Tchetche Hermann Kipre memastikan Terengganu FC mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan, pada aksi ketiga Kumpulan A, di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mahammad Zain mengekalkan rekod tanpa kalah, untuk selesa mengungguli saingan kumpulan A dengan sembilan mata dan hanya memerlukan satu kemenangan dalam baki tiga aksi untuk mengesahkan tempat di peringkat suku akhir.
Kipre, penyerang kelahiran Ivory Coast itu meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-42, selepas kedua-dua pasukan buntu dalam usaha memburu gol pembukaan sejak permainan bermula.
Kerakusan memburu gol pemain berusia 31 tahun itu diteruskan pada babak kedua permainan, menerusi jaringan pada minit ke-56 dan 84', sekali gus melengkapkan hatrik peribadi dan menafikan semangat juang Negeri Sembilan yang berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-67 menerusi Igor Luiz.
Juara sebanyak empat kali, Pahang meneruskan momentum kemenangan selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam aksi Kumpulan C di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol dijaringkan seawal minit kedua oleh penyerang sensasi Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi (minit ke-35), sudah cukup untuk memberi tiga mata berharga buat skuad Tok Gajah, meskipun tuan rumah cuba bangkit menerusi gol tunggal bekas penyerang kebangsaan Angola, Aguinaldo Mendes Veiga pada minit ke-54.
Pada masa sama, Perak gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila seri 1-1 ketika berhadapan Pulau Pinang dalam satu lagi aksi Kumpulan C di Stadium Perak, Ipoh.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu, seakan ketandusan idea dalam memburu gol selepas gagal menemui jaringan kemenangan, selepas keputusan terikat 1-1 hasil jaringan Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-11 sebelum, Anselmo Casagrande menyamakan kedudukan buat Pulau Pinang pada minit ke-63.
Dalam pada itu, Melaka merampas kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D daripada pencabar terdekat, Selangor, selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Dua gol menerusi penyerang S. Deevan pada minit ke-12 dan 62', selain satu gol disumbangkan Luka Milunovic pada minit ke-31, sudah memadai buat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan untuk menafikan jaringan lewat penyerang Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal pada minit ke-74, bagi mengutip tiga mata berharga di gelanggang lawan.
Melaka kini mengumpul enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan sementara Selangor yang kurang satu satu perlawanan mengutip empat mata di kedudukan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019

Pemain dan pengurusan Terengganu FC bergambar bersama jersi bernombor 29 milik penjaga gol utama Allahyarham Mohd Suffian Abd Rahman selepas pertemuan dengan pasukan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Piala Asia: China sekadar seri tanpa jaringan dengan Tajikistan
China memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Tajikistan untuk Kumpulan A.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China
Dua beregu negara dijangka berdepan tugas mencabar melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.

Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16
Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan menerusi penyudahnya dari jarak 20 ela pada minit keenam.

Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal
Penyerang Cardiff City itu tersenarai semula dalam kesebelasan utama Wales untuk pertembungan berkenaan bagi membalas kembali kepercayaan pengurus sementara, Rob Page.

PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.

AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.

Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee
Ini meletakkan pasukan muda negara berada dalam tekanan kerana hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke separuh akhir.

TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara
Jurulatih sementara TFC, Nafuzi Zain berkata pemergian mengejut pemain paling senior akibat serangan jantung pada pukul 1.10 tengah hari semalam itu amat dirasai seluruh pasukan.

Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan
Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mahammad Zain mengekalkan rekod tanpa kalah, untuk selesa mengungguli saingan kumpulan A dengan sembilan mata.

Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland
Biarpun gagal mengutip mata, pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kerana menampilkan aksi yang memberangsangkan.