Malaysia akan menentang Denmark pada separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan di sini pada Jumaat.


Jadual Perlawanan (bermula jam 7 petang)

1) Lee Chong Wei lwn Viktor Axelsen
2) Goh V Shem-Tan Wee Kiong lwn Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen
3) Iskandar Zulkarnain lwn Hans-Kristian Vittinghus
4) Koo Kien Keat-Tan Boon Heong lwn Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
5) Chong Wei Feng lwn Emil Holst


Pada perlawanan suku akhir semalam, Malaysia layak ke separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 3-1 manakala Denmark mengalahkan juara bertahan Jepun 3-2.

Dalam pada itu, juara sembilan kali China dikejutkan oleh Korea Selatan 3-1 manakala Indonesia mengalahkan Hong Kong 3-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.



Korea Selatan akan berdepan dengan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan China akan menentang India pada saingan separuh akhir manakala Korea Selatan berdepan dengan Jepun dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir, China menumpaskan Taiwan 3-0, India mengalahkan Thailand 3-1, Korea Selatan menewaskan Indonesia 3-0 manakala Jepun menundukkan Denmark 3-0.

JADUAL SEPARUH AKHIR:

Piala Thomas

Korea Selatan mln Indonesia - 1 tengah hari

MALAYSIA mln Denmark - 7 malam


Piala Uber

China mln India - 1 tengah hari

Korea Selatan mln Jepun - 7 malam.