Portugal menjuarai trofi antarabangsa utama yang pertama selepas mengejutkan tuan rumah Perancis 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2016.
Portugal terpaksa beraksi tanpa kapten pasukan Cristiano Ronaldo akibat kecederaan lutut seawal minit ke-25 perlawanan, selepas dirempuh pemain Perancis, Dimitri Payet pada awal babak pertama.
Namun kehilangan Ronaldo tidak mematahkan semangat Portugal untuk terus beraksi dengan cemerlang dengan mengekang pelbagai serangan Perancis yang menguasai perlawanan.
Antoine Griezmann mempunyai peluang untuk meletakkan Perancis di depan pada minit ke-10 namun tandukannya diselamatkan penjaga gol Rui Patricio.
Patricio sekali lagi menjadi penghalang buat Perancis apabila menyelamatkan rembatan pemain Newcastle United, Moussa Sissoko pada minit ke-34.
Penjaring terbanyak kejohanan, Griezmann sekali lagi terlepas peluang untuk menjaringkan gol untuk Perancis pada minit ke-64 babak kedua, apabila tandukannya di depan gol tersasar.
Perancis turut terlepas peluang untuk berada di depan dalam babak kedua dimana percubaan Olivier Giroud diselamatkan Patricio.
Andre-Pierre Gignac yang menggantikan Giroud hampir memenangi perlawanan untuk Perancis dalam masa kecederaan namun tendangannya terkena tiang.
Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan dimana Portugal lebih banyak menyerang dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.
Walaupun cedera Ronaldo dilihat berada di tepi padang memberikan semangat dan juga arahan kepada rakan sepasukannya.
Pada minit ke-104, tandukan pemain gantian, Eder berjaya diselamatkan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum sepakan percuma Raphael Guerreiro terkena palang lapan minit kemudian.
Pertukaran taktikal yang dibuat jurulatih Portugal, Fernando Santos ternyata membuahkan hasil apabila Eder menjaringkan gol kemenangan seminit kemudian menerusi satu rembatan jarak jauh.
Perlawanan tamat Portugal menang 1-0 ke atas Perancis yang menyaksikan Ronaldo, selaku ketua pasukan menjulang trofi yang julung kali dimenangi skuad Selecao itu.
Ian Johan Ariff
Sun Jul 10 2016
Portugal juara Euro 2016
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Portugal juara Euro 2016
Penyerang simpanan, Eder jaring gol kemenangan Portugal dalam masa tambahan.