Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan.
Hasnul Zulkarnain berkata desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden Pafa.
"Saya tidak terkesan dengan desakan itu," katanya dalam sidang media selepas menutup Karnival Sinar Harapan ''Inspirasiku Teristimewa' di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan penyokong tegar bola sepak Perak yang mahu Hasnul Zulkarnian melepaskan jawatan tersebut selepas tindakannya disifatkan tidak menghormati Piala Malaysia yang dimenangi The Bos Gaurus baru-baru ini.
Tindakan Hasnul Zulkarnain yang menimbulkan kemarahan netizen termasuk tindakannya bergambar bersama Piala Malaysia di tepi kolam renang sehingga tular di media sosial.
Hasnul Zulkarnain yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata beliau masih mendapat sokongan penuh daripada Jawatankuasa Exco Eksekutif PAFA yang akan memutuskan sama ada beliau perlu melepaskan jawatan itu atau sebaliknya.
"Jawatankuasa Exco Eksekutif PAFA akan mengadakan mesyuarat exco Khamis ini memandangkan pelantikannya mendapat sokongan gabungan persatuan bola sepak daerah-daerah," katanya,
Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata beliau mengakui kesilapan yang dilakukannya itu adalah kelemahan dirinya sendiri kerana keterujaan setelah 18 tahun Perak menunggu detik kemenangan tersebut ditambah pula kemenangan itu digapai ketika beliau memegang jawatan Presiden PAFA.
Tambahnya, sambutan untuk meraikan kejayaan pasukan bola sepak Perak memenangi Piala Malaysia akan diadakan di beberapa daerah yang terpilih dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dijangka turut serta meraikannya bersama rakyat.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018

Hasnul memegang Piala Malaysia yang dimenangai pasukan Perak sambil berarak menaiki bas dua tingkat Hop-On Hop-Off mengelilingi Pekan Parit Buntar dan Bandar Baru sejauh lebih 10 kilometer, 30 Okt, 2018. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PKR, Amanah nafi ada desakan minta Anwar letak jawatan
Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan dakwaan itu merupakan satu fitnah jahat yang cuba memecah belahkan gabungan tersebut.

Malaysia digesa beri tekanan kepada Israel melalui OIC, PUOIC
Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa kerajaan menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota OIC (PUOIC) memberi tekanan terhadap Israel.

Lelaki ditahan guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum
Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Hasnul Zulkarnain berkata desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden Pafa.

Tiada pihak ketiga pengaruhi perbicaraan kes pembunuhan Jong-nam
Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.

Desakan ibu bapa bentuk psikologi kurang sihat
Desakan ibu bapa buat anak-anak yang gagal mencapai semua A akan membentuk psikologi kurang sihat menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Perdana Menteri Itali enggan letak jawatan
Perdana Menteri Itali membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan walaupun didesak supaya berundur diri.

Kepimpinan SPR tidak akan letak jawatan
Barisan kepimpinan SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan proses PRU-13.

Rafidah masih enggan ulas kenyataan CEO AirAsia X
Tan Sri Rafidah Aziz hari ini enggan mengulas berhubung kenyataan yang dibuat Datuk Rosni Sohar yang mendesak tindakan tegas dari beliau.