Tiada sebarang sambutan luar biasa serta insentif diperuntukkan kepada pemain sepak takraw negara yang meraih pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata langkah itu dibuat bagi memastikan atlet di bawah kendalian badan induk itu sentiasa merendah diri biarpun menempa kejayaan di temasya sukan berkenaan.
"Saya takut pemain kita ini riak selepas mereka memenangi pingat emas jika diberi sambutan luar biasa dan saya pesan kepada mereka elakkan daripada sifat itu.
"Lebih baik kita merendah diri biarpun setelah 24 tahun kita hampa tanpa pingat emas pada Sukan Asia... jangan sesekali kita manjakan mereka dengan memberi habuan duit serta sebagainya," kata beliau kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, pada Selasa.
Ahmad berkata perkara lebih penting adalah kesinambungan kejayaan itu kerana skuad negara selepas ini akan menyertai Piala Raja Thai dari 23 hingga 30 Sept depan.
BACA: Kemarau emas 24 tahun sepak takraw berakhir!
Terdahulu, trio negara bagi acara antara regu menamatkan kemarau pingat emas selama 24 tahun Malaysia selepas menumbangkan pasukan tuan rumah, Indonesia 2-1 pada aksi final Sukan Asia Jakarta-Palembang, petang semalam.
Malaysia pernah memenangi pingat emas acara berkenaan sebanyak dua kali, pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China dan edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018

Pasukan sepak takraw acara regu lelaki Malaysia yang menyumbang pingat emas ke-4 negara pada Selasa. Foto Twitter @AtletMalaysia

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jangan pandang remeh, emas tetap emas - Akramuddin
Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata pendekatan bersikap lebih terbuka dengan kemenangan itu sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan sebaliknya.

PSM tidak mahu pemain terlalu dimanjakan
Datuk Seri Ahmad Ismail berkata langkah itu dibuat bagi memastikan atlet di bawah kendalian badan induk itu sentiasa merendah diri biarpun menempa kejayaan di temasya sukan berkenaan.