Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akhirnya bersetuju membenarkan dua bintang muda republik itu, Evan Dimas dan Ilham Udin menyertai pasukan Selangor pada musim 2018.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini, satu pertemuan di antara Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden PSSI Edy Rahmayadi di Jakarta, semalam telah berjaya mencapai keputusan positif mengenai kemelut perpindahan dua pemain tersebut.
Bagaimanapun, Edy hanya memberi 'lampu hijau' kepada kedua-dua pemain daripada kelab Bhayangkara FC itu untuk terbang ke Malaysia bagi memulakan latihan pra musim bersama skuad 'Gergasi Merah' selepas FAS bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan pemimpin tertinggi bola sepak Indonesia itu.
"Kami di FAS bersetuju untuk mengikuti sebarang arahan daripada Presiden PSSI berhubung penyesuaian jadual dan tempoh pelepasan bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia terutama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) mereka bagi persiapan menghadapi Sukan Asia 2018.
"Saya juga berterima kasih kepada Edy Rahmayadi kerana sudi menerima kunjungan saya ini bagi membincangkan serta menyelesaikan masalah membabitkan kedua-dua pemain ini," kata Subahan seperti dipetik dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Edy secara terbuka membidas keputusan dua pemain tersebut berpindah ke Selangor dengan melabel mereka sebagai tidak patriotik dan 'mata duitan'.
Ia susulan kebimbangannya jika corak permainan pemain muda skuad 'Garuda' itu mudah dibaca jurulatih skuad negara, sekali gus akan memberi kesan negatif terhadap pasukan Indonesia.
Pada masa sama, Edy turut melahirkan kebimbangan sekiranya Selangor tidak membenarkan dua pemain itu menyertai latihan pusat skuad Indonesia bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2018.
Dalam pada itu, kenyataan itu berkata sejurus mencapai persetujuan bersama FAS semalam, Edy melahirkan rasa gembira di atas kunjungan dan kesediaan FAS mematuhi syarat yang ditetapkan badan induk bola sepak Indonesia itu.
"PSSI berterima kasih atas kunjungan dan persetujuan daripada FAS yang memahami pentingnya persiapan skuad B-23 Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia 2018 selaku tuan rumah," katanya.
Evan dan Ilham yang masing-masing berumur 23 dan 22 tahun dijangka tiba di Malaysia esok sementara seorang lagi import baharu Selangor, Willian Pacheco dari Brazil yang beraksi bersama Persija Jakarta musim lalu akan tiba pada Ahad.
Dalam pada itu, Selangor hanya mengekalkan seorang pemain import musim lalu iaitu penyerang dari Sepanyol, Rufino Segovia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018 bermula 3 Feb depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
Subahan (tengah) berterima kasih kepada Edy Rahmayadi kerana sudi menerima kunjungannya bagi membincangkan serta menyelesaikan masalah membabitkan kedua-dua pemain tersebut. - Gambar fail
Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.
Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
AWANI 7:45 [14/1/2025] – Mengaku ambil dadah | Layak dibicara, beri pengakuan | Pendirian tegas Malaysia | Dijangka makin menular
- Penyanyi 'Bae Soba Bae', lima yang lain mengaku ambil dadah, tapi tidak miliki
- Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga
- Saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal, kata AADK
- Kebakaran di Los Angeles makin marak, angin kencang pula bakal landa
- Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga
- Saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal, kata AADK
- Kebakaran di Los Angeles makin marak, angin kencang pula bakal landa
SPRM bongkar sindiket lancarkan pinjaman peribadi penjawat awam dengan hutang lapuk
Azam berkata syarikat perunding kewangan terlibat turut dipercayai menyediakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu untuk dihantar kepada beberapa institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
Agenda AWANI: Forum pelancongan ASEAN 2025
Diskusi mengenai strategi dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing, mampan, dan inklusif dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 14 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Januari 2025
1️⃣ Enam termasuk penyanyi 'Bae Soba Bae' mengaku ambil dadah
2️⃣ Polis lengkap kertas siasatan terhadap KJ
3️⃣ Sydney tutup sembilan pantai
#awaniringkas
1️⃣ Enam termasuk penyanyi 'Bae Soba Bae' mengaku ambil dadah
2️⃣ Polis lengkap kertas siasatan terhadap KJ
3️⃣ Sydney tutup sembilan pantai
#awaniringkas
Butiran perjanjian penamatan perang dimuktamad Selasa?
Butiran mengenai perjanjian penamatan perang di Gaza akan dimuktamadkan di Doha pada Selasa. Ia selepas draf akhir perjanjian itu diserahkan oleh pengantara kepada Israel dan Hamas pada Isnin.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PSSI beri lampu hijau Evan, Ilham ke Selangor
Satu pertemuan di antara Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden PSSI Edy Rahmayadi di Jakarta, semalam telah berjaya mencapai keputusan positif mengenai kemelut perpindahan dua pemain itu.