Persekutuan Persatuan-Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Pulau Pinang dijangka memuktamadkan senarai akhir atlet mereka untuk bersaing pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 pada akhir bulan ini.
Timbalan presidennya, Ong Beng Soon berkata kesemua atlet wushu Pulau Pinang kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi temasya sukan berkenaan.
"Kita masih dalam proses dan kita jangka dapat menyenarai pendek enam atlet lelaki dan enam atlet wanita pada penghujung Julai ini," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan sasaran awal skuad wushu Pulau Pinang pada temasya sukan tersebut.
Edisi ke-19 Sukma akan berlangsung di Perak dari 12 hingga 22 Sept depan, dan sejumlah 427 pingat emas ditawarkan dalam 29 jenis sukan pada temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018
Edisi ke-19 Sukma akan berlangsung di Perak dari 12 hingga 22 Sept depan, dan sejumlah 427 pingat emas ditawarkan dalam 29 jenis sukan pada temasya itu. - Foto fail
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Peka amaran pihak berkuasa, penduduk di Pitas ke PPS lebih awal
Penduduk di Pitas, kali ini mereka lebih bersedia dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai ancaman banjir.
Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.
Fokus Minggu Depan: Membina era kecerdasan yang lebih mampan & inklusif
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk era kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
Fokus Minggu Depan: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Beberapa agenda penting melakari forum pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Johor Bahru.
Antara yang bakal berlangsung ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Selaku Pengerusi ASEAN, delegasi Malaysia ke acara ini diketuai Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Antara yang bakal berlangsung ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN ke-28, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan tambah tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan ke-24.
Selaku Pengerusi ASEAN, delegasi Malaysia ke acara ini diketuai Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer aksi memukau untuk bergelar juara
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India.
Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.
Pulau Pinang senarai pendek atlet wushu Sukma akhir Julai
Persekutuan Persatuan-Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Pulau Pinang dijangka memuktamadkan senarai akhir atlet mereka.