Gol luar biasa yang dilakukan Mohd Faiz Subri bukan berdasarkan nasib semata-mata tetapi teknik jaringan yang sering dipraktikkan pemain tengah Pulau Pinang itu ketika sesi latihan.
Perkara itu didedahkan oleh rakan sepasukannya Mohd Failee Mohamad Ghazli yang turut memuji sikap Mohd Faiz rajin berlatih lebih masa.
Mohd Failee yang merupakan penyerang Pulau Pinang, berpendapat kepakaran Mohd Faiz dalam mengambil sepakan percuma lahir daripada latihan, bukan sekadar bernasib baik.
"Kami (rakan sepasukan) sering tengok Mohd Faiz melakukannya jaringan sebegitu dalam sesi latihan. Beliau ambil inisiatif sendiri dengan meneruskan latihan sepakan percuma selama 15 minit selepas sesi latihan sebenar tamat," kata pemain berusia 30 tahun itu kepada Bernama.
Mohd Faiz sendiri mengakui gol luar biasa yang dihasilkannya semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada Februari lepas itu tercipta daripada teknik 'knuckleball', hasil latihan yang dilakukannya hampir saban hari.
Mengulas lanjut, Mohd Failee berkata setiap pemain yang dipertanggungjawab mengambil sepakan percuma perlu mempunyai keyakinan tinggi agar tugas itu dapat dilaksana dengan sempurna.
Katanya apa yang dipamerkan oleh Mohd Faiz jelas menunjukkan keyakinan serta kemahuan rakan sepasukannya itu untuk mencipta sejarah yang di luar jangkaan.
Sementara itu, bapa kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, Subri Kader menyifatkan jaringan anaknya adalah hasil penat lelah Mohd Faiz sendiri yang sentiasa berusaha tanpa mengenal jemu.
Jaringan menakjubkan Mohd Faiz turut memikat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membuat ulasan.
Menurut satu artikel yang disiarkan laman web FIFA yang memetik analisis Kerstin Wieczorek, seorang pengurus projek syarikat kejuruteraan di Jerman, bola mungkin disepak dengan bahagian sebelah luar kaki.
"Berdasarkan pergerakan bola yang mengeluk ke kanan, bola itu berputar mengikut arah jam daripada pandangan pemain, justeru beliau mungkin menggunakan bahagian sebelah luar kakinya untuk menyepak bahagian kiri bola itu.
"Putaran yang dibuatnya bukan sekadar membuatkan bola bergerak ke sisi tetapi juga menegak bagi membolehkannya menjunam sebaik tiba di pintu gol," katanya
Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb tahun lepas.
Gol tersebut tersenarai sebagai antara tiga finalis untuk Anugerah Puskas FIFA 2016 yang akan diumum esok di Zurich, Switzerland.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Mohd Failee (gambar) jadi saksi betapa Mohd Faiz sering membuat latihan lebih masa. - Foto Perak FA
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Rakan sepasukan dedah kisah jaringan Faiz Subri yang bukan sekadar nasib
Gol luar biasa yang dilakukan Mohd Faiz Subri bukan berdasarkan nasib semata-mata tetapi teknik jaringan yang sering dipraktikkan pemain tengah Pulau Pinang itu ketika sesi latihan.