Namun saiz bukan segala-galanya. Itu yang dibuktikan jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang, apabila membawa pulang pingat gangsa dari temasya sukan berprestij, Sukan Olimpik.
Jika dilihat dari segi saiz, Azizul sememangnya jauh 'ketinggalan' dari peserta negara lain. Namun nyata, semangatnya besar dan tidak sesekali menjadikan saiz itu sebagai alasan.
Wawancara khas Astro Arena bersama Azizulhasni Awang
Dan semangat itulah yang dibawa ke Rio, dan ia berjaya diterjemahkan kepada genggaman pingat buat negara tercinta.
LIHAT GALERI FOTO: Rio 2016: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara
Semangat dan sifat tidak putus asa 'the pocket rocket man' itu turut mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang turut berada di Velodrom Rio, di mana pemuda berusia 28 tahun itu melakar sejarah.
Khairy sebelum itu memaklumkan, Azizul dengan rendah diri terlebih dulu meminta maaf kerana hanya mampu menghadiahkan pingat gangsa untuk negara.
Namun kata Khairy, tiada yang perlu dikesalkan kerana gangsa tetap satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.
Dalam temuramah dengan Astro ARENA selepas kemenangannya, Azizul ada memberitahu bahawa dia mensasarkan untuk terus aktif dan akan berusaha untuk menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, pada tahun 2020.