Saingan di Liga Super masih terbuka biarpun sudah melangkah ke pusingan kedua namun belum ada pasukan yang mampu meletakan jarak ketara diantara satu sama lain.

Walaupun Pahang ketika ini mendahului pasukan lain namun kedudukan mereka masih belum selesa kerana hanya terpisah dua mata dengan juara musim lepas Johor Darul Takzim (JDT).

Pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan akui gusar akan prestasi anak buahnya beraksi di bulan puasa namun kerisaun Zainal nyata meleset apabila berjaya mencatat kemenangan 5-3 keatas PDRM Sabtu lepas.

JDT turut menamatkan saingan pusingan pertama dengan kemenangan walaupun sekadar menang 1-0 berdepan Terengganu.

JDT yang mengubah tampuk kejurulatihan dengan berpaksikan kredibiliti yang di miliki Mario Gomez, perlu menyesuaikan diri dengan kadar segera jika benar mahu mencabar Tok Gajah yang kini memimpin liga.

Sudah pasti skuad Harimau Selatan mahu pertahan gelaran juara liga mereka tahun lalu.

Disamping itu, gergasi merah kuning Selangor yang sudah ketandusan piala selama 4 tahun turut berada dalam senarai pencabar terdekat.

Dibawah kendalian Mehmet Durakovic, Selangor harus dianggap sebagai pencabar.

Walaupun dibezakan dengan pendahulu liga 5 mata namun keadaan mampu berubah sekiranya Pahang dan JDT tewas dalam aksi akan datang.

Selangor ketika ini sedang berkongsi mata dengan 3 pasukan lain, Perak, PDRM dan Felda United.