Badminton negara dikejutkan dengan 'amukan' pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei yang membidas sikap Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen yang seakan tidak sabar mahukannya bersara.
Secara tiba-tiba Chong Wei yang selama ini tidak pernah dikaitkan dengan masalah disiplin, dianggap 'budak nakal' kerana kelantangannya mengkritik Frost manakala legenda badminton Denmark seperti biasa, memilih untuk berdiam diri.
Benarkah Chong Wei sudah besar kepala atau sekadar menyuarakan haknya.
Ikuti luahan Chong Wei dalam temu bual dengan Bernama.
Soalan: Ada yang berpendapat sebagai pemain, anda harus akur dengan arahan jurulatih. Adakah ini tindakan yang tidak menghormati jurulatih?
Chong Wei: Saya sentiasa menghormati jurulatih dan semua jurulatih yang pernah melatih saya. Selama 18 tahun bersama BAM saya tidak pernah bergaduh atau membantah kata-kata jurulatih. Malah saya menerima sesiapa sahaja yang ditugaskan oleh BAM untuk melatih saya, tidak pernah saya membuat permintaan khas. Ini bukan soal saya membantah kata-kata ketua jurulatih tetapi saya hanya menyuarakan kekecewaan saya terhadap tindakan Frost.
Soalan: Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria ada mengatakan untuk kedua-dua pihak mengetepikan ego masing-masing. Adakah ini soal ego?
Chong Wei: Saya memang amat menghormati Datuk Seri dan sering mengikut nasihat beliau. Saya setuju dengan beliau, kita perlu cari satu jalan penyelesaian tapi sekali lagi perlu saya tekankan, ini bukan hal ego tetapi saya amat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sepatutnya kami masing-masing mempunyai matlamat yang sama.
Soalan: Ada pihak yang menganggap anda besar kepala dalam kes ini?
Chong Wei: Besar kepala? Kalau saya nak berlagak begitu, lebih baik saya tak payah turun berlatih sehingga BAM tukar permukaan gelanggang. Tapi saya tetap berlatih kerana sedar ada misi penting di All England yang sememangya mempunyai nilai penting buat saya berikutan prestijnya. Saya sudah di hujung karier tak perlu untuk berlagak hero sekarang. Adakah anda pernah lihat saya marah seperti ini sebelum ini? Dalam soal ini, hati saya memang tercabar oleh sikap Frost.
Soalan: Tapi kenapa baru sekarang nak bersuara?
Chong Wei: Selama ini saya banyak bersabar dan jurulatih saya, Hendrawan juga sering ingatkan saya untuk bersabar. Tapi kerana sikap Frost kali ini, agak melampau dan benar-benar mencabar seperti mahu mensabotaj saya...saya hilang sabar. Bermula daripada permintaan menukar permukaan gelanggang yang tidak dilayan sehingga keluar kenyataan seolah-olah mahu saya bersara. Ini memang melampau. Kenapa dia tak sabar nak tengok saya bersara? Latihlah pemain muda untuk atasi saya, kenapa cari jalan mudah? Apa yang dibuat untuk saya. Dia langsung tidak terbabit dengan latihan saya. Sejak saya kembali daripada penggantungan akibat doping sehingga mendapat pingat perak Sukan Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut tahun lalu, itu semua usaha saya dan dua jurulatih saya Hendrawan dan Tey Seu Bock. Apa yang dia buat? Nak sabotaj peluang saya apabila tidak membenarkan pemain pelapis melakukan sparring dengan saya dalam persiapan ke Rio.
Soalan: Semua orang tahu Frost yang mengesan bakat anda dan menyerapkan anda ke akademi badminton di Taman Maluri, Cheras ketika itu. Mungkin ada pihak akan anggap anda tidak mengenang jasa.
Chong Wei: Memang saya akui Frost yang membawa saya masuk ke akademi, bukan saya seorang tapi berbelas pemain lain dalam kumpulan itu. Setakat itulah sumbangannya, di akademi saya dilatih oleh jurulatih lain, bukan Frost. Dari situ saya masuk ke skuad pelapis sebelum skuad senior. Bakat saya diasah Datuk Misbun Sidek diikuti Li Mao dan kemudian sekali lagi oleh Misbun. Di bawah merekalah saya mula mencipta nama sehingga akhirnya menjadi pemain yang digeruni. Saya tahu selama ini Frost mendabik dada menyatakan dialah orang di belakang kejayaan saya tapi saya diamkan diri saja kerana saya tahu siapa mereka sebenarnya di sebalik kejayaan saya. Mungkin dia lupa, ada berbelas pemain lain yang dipanggilnya untuk masuk ke akademi, kenapa yang itu tidak disebut? Saya harap ini dapat menjelaskan keadaan sebenar.
Soalan: Selama ini anda begitu setia dengan BAM termasuk ketika Misbun meninggalkan badan induk badminton negara. Kenapa baru sekarang baru mahu berbuat demikian? Adakah semata-mata kerana Frost?
Chong Wei: Memang selama ini saya setia dengan BAM kerana tidak pernah ada masalah besar dengan persatuan. Pejam celik sudah 18 tahun saya bersama skuad kebangsaan. Pada masa sama saya juga mahu membantu pemain muda meningkatkan permainan dengan melihat saya berlatih atau melakukan sparring dengan saya. Lagi pun karier saya sebagai pemain semakin di penghujung. Perkembangan sekarang memang membuatkan saya bosan kerana saya mahu fokus kepada permainan tapi ada orang yang seperti mahu sabotaj peluang saya, tak sabar-sabar mahu saya bersara. Apa kesalahan saya dan adakah permainan saya sudah merosot teruk? Atau dia sendiri tidak yakin dengan perancangan dia sendiri. Mungkin orang luar tidak tahu sehingga seronok lihat ada pemain muda negara mencatat keputusan yang dianggapnya hebat di kejohanan antarabangsa. Anda perlu sedar kebanyakan kejohanan itu adalah berstatus Cabaran Antarabangsa yang rendah kualitinya. Rasanya tak perlu kita bayar gaji lumayan kepada seseorang untuk buat perancangan seperti itu, jurulatih tempatan pun boleh jika BAM izinkan. Hanya kerana dia orang asing, kita nampak itu kejayaan tapi kalau jurulatih tempatan pasti ada yang kecam. Saya pasti jika jurulatih tempatan dibayar selumayan itu dan diberi kepercayaan, mereka juga melakukan perancangan yang jauh lebih baik.
Soalan: Pada usia yang akan mencecah 35 tahun Oktober nanti, ramai yang mempunyai pandangan sinis dengan keupayaan anda dan pasti ada yang akan menyokong Frost?
Chong Wei: Memang saya akui faktor usia tidak lagi memihak kepada saya tapi saya tidak pernah jadikannya alasan untuk melemahkan semangat saya. Selagi tenaga masih ada, selagi itulah saya akan bermain untuk negara. Mungkin mereka lupa saya masih pemain nombor satu dunia pada usia ini. Tiada lagi pemain negara dapat menewaskan saya dan ini bukan gambaran yang baik untuk badminton negara. Mungkin saya masih tiada gelaran utama setakat ini dan itulah yang menguatkan impian saya untuk sekurang-kurangnya mendapatkan gelaran dunia di Glasgow, Ogos nanti atau pingat emas Sukan Asia di Jakarta tahun depan. Inilah yang mendorong saya untuk terus bermain. Tak perlu paksa saya bersara kerana saya tau berbuat demikian bila tiba masanya. Percayalah. -- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017
CHONG WEI: "Besar kepala? Kalau saya nak berlagak begitu, lebih baik saya tak payah turun berlatih sehingga BAM tukar permukaan gelanggang." - Gambar fail
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.