Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau masih layak untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Ia berikutan beliau hanya disiasat agensi penguatkuasa itu dan belum didapati bersalah atau dijatuhi hukuman.
"Itu tiada kena mengena dengan yang ini (siasatan SPRM) sebab itu tidak termasuk menjadikan saya tak layak (bertanding sebagai Presiden FAM) termasuk yang disiasat oleh SPRM," katanya selepas empat jam memberi keterangan kepada SPRM di ibupejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.
Tegasnya, ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang tidak layak bertanding jawatan nombor satu FAM itu.
"Dia tiga perkara seseorang tidak layak termasuk pernah dihukum, muflis. Jadi, yang disiasat SPRM tidak termasuk. Itu sebab saya masih layak bertanding," jelasnya.
Bagaimanapun tegas beliau, perkara itu tidak bermaksud beliau sudah memutuskan untuk bertanding merebut jawatan berkenaan.
"Namun tidak semestinya saya bertanding. Saya orang kecil sahaja, nak bertanding apa susah sangat tetapi saya lagi bimbang kalau orang tak nak bertanding menyebabkan jawatan itu kosong," katanya.
BACA: Keempat-empat calon tidak layak pimpin FAM - Peter Vellapan
BACA: Annuar sedia tarik diri sekiranya Khairy bertanding
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Annuar Musa layak bertanding merebut jawatan presiden persatuan berkenaan.
Selain Khairy dan Annuar, dua lagi nama yang dicalonkan ialah pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat.
Khairy sebelum ini menyatakan bahawa akan mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bertanding bagi jawatan tersebut.
Rahimah Abdullah
Fri Feb 03 2017

Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau masih layak untuk bertanding jawatan Presiden FAM walaupun disiasat SPRM. - Gambar AWANI / SHAHIR OMAR
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.