Final perseorangan lelaki Kejohanan Dunia mengulangi skrip tahun lalu apabila menemukan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juara bertahan, Chen Long dari China, di Istora Senayan, di sini pada Ahad.
Chong Wei memastikan dirinya mara ke final keempatnya di kejohanan ini selepas menundukkan pilihan kedua, Jan O Jorgensen 21-7, 21-19 di separuh akhir pada Sabtu, bagi mendapatkan semula peluang menentang Chen Long yang lebih awal mengesahkan tempatnya dengan menjinakkan Kento Momota dari Jepun 21-9, 21-15.
Dalam pertarungan 42 minit itu, Chong Wei menggunakan kelebihan smashnya untuk mudah memenangi set pertama ke atas lawannya dari Denmark itu.
Bagaimanapun, seperti tiga perlawanan terakhir sebelum ini, Chong Wei terpaksa bertungkus lumus di set kedua apabila Jorgensen mula menunjukkan semangat melawan sehingga mengikat kedudukan 15-15, sebelum Chong Wei bangkit memperbaiki permainannya.
Ini adalah kemenangan ke-13 Chong Wei ke atas Jorgensen daripada 14 pertemuannya sejak November 2009.
"Saya bersedia untuk bertemu lagi dengan Cheng Long dan harap impian saya menjadi kenyataan.
"Saya mahu menjadi juara dalam Kejohanan Dunia yang mungkin terakhir bagi saya," kata pemain berusia 33 tahun itu yang muncul naib juara bagi edisi 2011, 2013 dan 2014.
Bagaimanapun, keputusan 2014 itu ditarik balik selepas Chong Wei gagal dalam ujian doping yang mengakibatkannya digantung lapan bulan sebelum bebas pada Mei lepas.
Chong Wei berkata, dia tidak mahu memikirkan kekuatan dan kelemahan Chen Long, sebaliknya fokus kepada kemampuan diri sendiri.
Untuk rekod, Chong Wei dan Chen Long sudah bertemu sebanyak 20 kali dengan pemain China berusia 26 tahun itu menang 11 kali termasuk dalam pertemuan terakhir mereka di final Terbuka Taiwan, bulan lepas.
Begitupun, Istora Senayan setidak-tidaknya adalah gelanggang keramat buat Chong Wei yang pernah menjulang gelaran Terbuka Indonesia sebanyak lima kali iaitu 2007, 2009-2011 dan 2013 manakala Chen Long seperti rakan senegaranya, Lin Dan, tidak pernah menang sebarang gelaran individu di Jakarta.
Astro Arena
Sat Aug 15 2015

Chong Wei (kiri) dan Chen Long (kanan) sudah bertemu sebanyak 20 kali. - Gambar fail

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Tokyo 2020: Viktor Axelsen bukti keunggulan gondol emas nafi juara bertahan
Viktor Axelsen mengetepikan juara bertahan, Chen Long, untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan 21-15, 21-12, malam ini.

Tokyo 2020: Zii Jia mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.

Tokyo 2020: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas ditewaskan pemain dari China, Chen Long dalam Pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air esok.

Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.

Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.

Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas menewaskan Chen Long di final Terbuka Malaysia.

China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10
China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.

BAM sedia bayar denda kepada BWF
Sebelum ini badan induk sukan itu telah menulis surat kepada BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu itu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.