CHRISTIANO Ronaldo menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan rogol yang dibawa bekas model, Kathryn Mayorga, yang turut didakwa mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada percubaan membunuh diri (berdasarkan peguam Kathryn).
Bintang Portugal dan Juventus itu didakwa melakukan serangan seksual ke atas Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas pada tahun 2009.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan mereka sudah membuka kembali siasatan tersebut, namun tidak menamakan sebarang mangsa mahupun suspek, Selasa lalu.
BACA: Majalah Jerman berdepan saman selepas lapor dakwaan wanita dirogol Cristiano Ronaldo
Pasukan guaman Mayorga menyenaraikan dakwaan berkaitan kesan yang dihadapi anak guam mereka dalam satu sidang media semalam, hanya beberapa jam selepas Ronaldo mengeluarkan penafian di laman Twitter miliknya.
Ronaldo sebelum itu membuat kenyataan video di laman Instagram miliknya berkenaan dakwaan yang dilaporkan akhbar Jerman, Der Spiegel, sebagai satu berita palsu.
Pemain berusia 33 tahun itu kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan yang menyatakan tuduhan tersebut hanya bertujuan mempergunakan dirinya bagi meraih populariti.
"Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan kepada saya. Merogol adalah jenayah yang bertentangan dengan diri dan pegangan saya. Saya perlu membersihkan nama saya dan menolak dakwaan yang dibuat oleh mereka yang mencari populariti dengan mempergunakan diri saya.
"Kesedaran ini akan membantu saya dalam menunggu keputusan siasatan ini dengan tenang," ujarnya dalam laman Twitter miliknya.
Dalam sidang media di Las Vegas sebelum ini, peguam Mayorga, Larissa Drohobyczer, mendakwa anak guamnya itu mengalami tekanan mental berhubung insiden terbabit.
Laporan Der Spiegel pula melaporkan, Mayorga sebelum ini dibayar USD375,000 (RM1.55 juta) dalam satu perjanjian penyelesaian di luar mahkamah pada tahun 2009.