Kemudahan latihan, makanan tambahan serta elaun latihan jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa ditarik balik oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran kegagalan beliau dalam ujian doping.
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Malek Noor berpendapat Sazali Samad harus menerima segala kesalahannya dan beliau terkilan dengan tindakan Sazali untuk menggunakan bahan terlarang tersebut.
"Tiada perkara yang perlu disembunyikan lagi, kesalahan tetap kesalahan, saya terkilan dengan perkara sebegini kerana dia seorang yang profesional dan hal ini mencemarkan nama sukan bina badan secara menyeluruh," katanya dengan nada tegas.
Tambahnya lagi, persatuan-persatuan serta pihak yang berkenaan perlu lebih proaktif dalam memantau penggunaan makanan-makanan tambahan oleh atlet.
"Persatuan kena main peranan, minta maaf saya cakap sebegini tetapi penjualan steroid boleh didapati secara terbuka seperti didalam Facebook," jelasnya lagi.
Malek Noor ditemui pada majlis perasmian program pencarian harta karun 2015 anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (sam) pada Sabtu.