Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini mengumumkankan tiga atlet termasuk pemenang pingat emas acara terjun, Wendy Ng Yan Yee, gagal ujian doping di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.
Presiden SEAGF Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata kemenangan mereka dan pingat yang diperoleh ketiga-tiga atlet itu akan ditarik balik.
"Mereka akan dibatalkan dalam semua acara dan pingat akan diambil balik daripada mereka. Jika mereka menang emas, maka pemenang pingat perak akan diumumkan sebagai juara dan pingat emas akan diberikan kepadanya," kata beliau dalam satu sidang media di sini pada Selasa.
Wendy akan dilucutkan daripada pingat emas yang dimenanginya dalam 3m papan anjal wanita individu dan 3m papan anjal seirama bersama Nur Dhabitah Sabri di KL2017.
BACA: Wendy Ng sah gagal ujian doping
BACA: ASUM akan cadang hanya tarik pingat emas individu Wendy Ng
BACA: Dhabitah akur jika pingat emas Sukan SEA ditarik balik
Bagi 3m papan anjal individu wanita, Nur Dhabitah memperoleh pingat emas selepas mendapat tempat kedua dalam kategori itu sementara dalam acara 3m papan anjal seirama, pingat emas menjadi milik gandingan penerjun Singapura, Ashlee Tan Yi Xuan dan Fong Kay Yian.
Sementara Nurisan, yang membantu pasukannya memperoleh emas dalam seni berpasukan wanita terpaksa memberi laluan kepada pemenang pingat perak dari Vietnam untuk memenangi pingat emas itu.
Benjaporn juga terpaksa melepaskan dua pingat perak masing-masing dimenanginya dalam acara 10km renang perairan terbuka dan acara 4x200 berganti-ganti berpasukan.
Perenang Singapura Chantal Liew dianugerahkan pingat perak itu bagi acara 10km renang perairan terbuka sementara pasukan renang berganti-ganti Filipina mendapat perak dalam acara 4x200 itu.
Ketiga-tiga atlet didapati positif dengan bahan terlarang, sibutramine oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) di makmalnya di New Delhi, India pada 11 Okt lepas.
Sibutramine adalah pembantut selera yang selalunya terdapat dalam produk pelangsing badan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017
Tunku Imran (kiri) menjawab pertanyaan media pada Mesyuarat Ke-27 Lembaga Pengarah Eksekutif MOM, 12 Dis, 2017. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Medika dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA Datuk Dr S. Surender Cheema. --fotoBERNAMA
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.