Anda semua telah berjaya mencipta sejarah untuk mewakili negara sehingga berada di peringkat ini, demikian luahan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau menyuarakan rasa bangganya terhadap prestasi skuad kebangsaan bawah 23 negara yang berjaya melangkah sehingga suku akhir dalam Kejuaraan B-23 AFC 2018 dalam satu kenyataan di laman facebook persatuan itu.
Lebih mesra dengan panggilan Tunku Mahkota Johor (TMJ), beliau menyifatkan keputusan semalam perlu diambil sebagai pengajaran bagi meningkatkan ilmu pada masa akan datang dan melakukan yang terbaik untuk negara.
“Walaupun kita kecewa dengan keputusan hari ini (semalam), semua pemain dan barisan kejurulatihan patut bangga dengan pencapaian anda semua.
“Anda semua telah berjaya mencipta sejarah untuk mewakili negara sehingga berada di peringkat ini. Sejarah ini tidak akan dapat dilupakan seluruh rakyat Malaysia,” katanya di sini, semalam.
Dalam saingan peringkat suku akhir di Kunshan Stadium, China semalam, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terpaksa menelan keperitan apabila rebah di tangan Korea Selatan 2-1.
Bagaimanapun, pemain negara berjaya mempamerkan aksi bertenaga bagi mengikat Korea Selatan 1-1 sehingga minit ke-84 sebelum Han Seun-gyu menjaringkan gol kemenangan lawan ketika perlawanan berbaki lima minit.
Gawang Malaysia awal dirobek Harimau Putih, ketika permainan hanya bermula 15 saat daripada Cho Jae-wan menewaskan penjaga gol negara, Haziq Nadzli.
Kedua-dua pasukan berbalas asakan, hingga akhirnya N Thanabalan menghidupkan kembali peluang untuk mara pusingan separuh akhir menerusi tandukan terbang pada minit ke-67.
BACA: AFC B23: Harimau rebah bermaruah
Sepanjang kejohanan itu Malaysia berjaya mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan di peringkat kumpulan C dengan keputusan tewas 1-4 kepada Iraq, seri 1-1 di tangan Jordan sebelum mencipta sejarah menewaskan Arab Saudi 1-0 untuk mara ke peringkat suku akhir berdepan Korea Selatan.
Zef Othman
Sat Jan 20 2018
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan rasa bangganya terhadap prestasi skuad kebangsaan bawah 23 negara yang berjaya melangkah sehingga suku akhir dalam Kejuaraan B-23 AFC 2018. - Foto BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Sejarah ini tidak akan dilupakan rakyat Malaysia - TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan keputusan semalam perlu diambil sebagai pengajaran bagi meningkatkan ilmu pada masa akan datang dan melakukan yang terbaik untuk negara.