Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras negara berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.
Katanya, prestasi yang semakin merosot selain pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atlet sukan itu dalam ujian doping adalah punca utama angkat berat digugurkan; sementara sepak takraw dan taekwondo digugurkan kerana tidak menunjukkan peningkatan prestasi.
“Prestasi angkat berat negara semakin merosot dan atlet menghadapi masalah disiplin dengan tujuh kes doping dilaporkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) sejak empat tahun lepas. Sepak takraw pula dari aspek pembangunan tidak sangat diberi tumpuan dan ranking dunia digugat oleh negara baharu.
“Pencapaian taekwondo kita pula sangat tidak memuaskan. Sukan ini tidak mempamerkan pencapaian yang positif dan kemelut sukan taekwondo masih gagal menyatukan penggiat sukan itu,” katanya.
Khairy berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan 100PLUS bersama Bandar Sukan Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Khairy berkata, tindakan itu menyaksikan tiga sukan terbabit turut digugurkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak serta penglibatan dalam pelbagai program MSN dan Kementerian Pendidikan akan dihadkan.
Pada masa sama, beliau menjelaskan tindakan itu bukannya satu bentuk hukuman tetapi sebagai langkah demi menyelamatkan sukan tersebut selain mengakui pihaknya dan MSN akan bekerjasama rapat dengan persatuan terbabit untuk membangunkan semula tiga sukan tersebut.
“Ini bukan hukuman tetapi satu keputusan dibuat berdasarkan prestasi sehingga kini yang menunjukkan mereka (persatuan) memerlukan bantuan untuk dibangkitkan semula dan sehingga mereka dapat membangunkan semula sukan masing-masing, wajar untuk digugurkan sebagai sukan teras.
“Namun, MSN akan bekerjasama rapat dengan persatuan tersebut untuk kita bangunkan semula sukan-sukan berkenaan dan ada peluang untuk sukan-sukan itu dimasukkan semula sebagai sukan teras,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy memberi jaminan bahawa pengguguran itu tidak akan menjejaskan atlet sepak takraw yang berada di dalam Program Podium sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia.
“Saya ingin memberi jaminan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bahawa atlet yang tersenarai dalam Program Podium, kekal dalam program itu. Ini disebabkan mereka merupakan atlet elit dan masih mempunyai peluang untuk mendapat kedudukan podium di Sukan Asia tahun depan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.