Media antarabangsa dan netizen kagum dengan sepakan percuma yang dilakukan pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

Sepakan percuma dilakukan pada minit ke-62 dan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum merembat masuk ke gawang Pahang.

Sepakan yang dianggap ajaib itu terus mendapat pujian ramai, termasuk dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng:


Netizen Mat Zaim merasa bangga dengan sepakan yang dilakukan oleh Faiz, kerana anggap pemain antarabangsa yang sering melakukan sepakan seperti itu.





Ada juga yang mengharapakan jaringan gol Faiz mendapat pengiktirafan Anugerah Puskas FIFA, iaitu sebuah anugerah yang diberikan kepada pemain bola sepak lelakuiatau wanita yang menjaringkan gol terbaik.




Selain itu, media sukan antarabangsa turut membuat liputan susulan jaringan ajaib Faiz.

Antara yang membuat lipuan adalah Sports Illustrated, The Independent, Sydney Morning Herald, dan Mirror.

Malah, tajuk utama Mirror bertanyakan jika pemain Malaysia ini layak diberikan anugerah Puskas untuk tahun ini.

Mirror
Jaringan gol Faiz Subri mendapat liputan media antarabangsa, termasuk 'Mirror'.


Pada perlawanan semalam Pulau Pinang menundukkan pasukan Pahang 4-1.