Di sebalik kilauan emas yang disumbang oleh kontinjen negara di Sukan SEA Filipina hari ini, sebutir lagi pingat emas telah dimiliki negara dalam temasya berbeza di New Zealand.
Terbaru, pelumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang membanggakan kem Malaysia selepas memenangi acara keirin pada Siri Dunia UCI di Cambridge pada Sabtu petang.
Kemenangan itu membuktikan beliau berada di landasan yang betul bagi mengejar pingat emas Olimpik di Tokyo, Jepun tahun hadapan.
Malaysia merangkul emas itu selepas mencatat masa 9.853 saat sekali gus menewaskan bekas juara dunia dari Rusia, Shane Perkins dan juara dunia Australia, Matthew Glaetzer yang mana masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Azizulhasni yang popular dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' memenangi gangsa pada Olimpik Rio 2016, mencatatkan masa 0.171 saat lebih pantas daripada Perkins dan 0.25 saat lebih pantas daripada Glaetzer.
Sementara itu, perlumbaan saingan Siri Dunia selepas ini akan berlangsung di Brisbane, Australia bermula 13 Disember ini.
Faris Danial Razi
Sat Dec 07 2019

Pelumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang memenangi acara keirin pada Siri Dunia UCI di Cambridge pada Sabtu petang. - Twitter @MyTeamMas
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Sakitnya bukan kepalang, saya macam ayam kena sembelih" - Azizulhasni cerita detik-detik kemalangan
Sakit yang ditanggung jaguh trek negara, Azizulhasni Awang dalam kemalangan di Brisbane, Australia digambarkannya sebagai bukang kepalang.